Birthday Auni ke 3 tahun

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Ahad lepas berlangsung sambutan hari lahir Auni yang ke 3 tahun di rumah neneknya. Sambutan secara bersama dengan sepupu Auni iaitu Alya telah diadakan secara kecil-kecilan melibatkan ahli keluarga sahaja.

Sambutan hanya dibuat dengan makan-makan dan potong kek sahaja. Kanak-kanak jika sambut birthday mesti terbayang potong kek bukan? Jadi cukup dengan sediakan majlis potong kek sebagai tanda sambutan hari lahir :)


Sejak Auni ada adik, nampak benar sudah besar sekarang ini. Sebelum ini Auni yang paling kecil jadi tidak nampak sangat besarnya Auni.

Sejak ada adik juga, Auni lebih manja dan meragam mungkin kerana ingin menarik perhatian  apabila keluarga banyak fokus kepada baby Amani. Kasih sayang keluarga sama sahaja cuma perhatian  dan jagaan  sedikit berbeza.

Selamat ulang tahun kelahiran ke 3 buat Auni. Semoga terus membesar dengan sihat dan berjaya. Amin

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Normi Nieza
AUTHOR
28 April, 2015 13:46 delete

hepi bestday auni..:)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
29 April, 2015 16:29 delete

terima kasih aunty Nor :)

Reply
avatar