Projek pasang Cod Hensvik IKEA

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Sekali lagi Sop ingin berkongsi projek memasang barangan IKEA iaitu Cod Hensvik. Cod bayi ini dibeli bukan untuk Auni tetapi bakal baby Sop yang akan lahir tidak lama lagi.

Cod Hensvik IKEA  ini sedang promosi dengan tawaran harga lebih murah berbanding tahun lepas. Jika dibandingkan dengan Cod Baby jenama lain, Cod Hensvik IKEA ini lebih murah selepas tawaran harga tersebut.

Jika dilihat banyak barangan produk IKEA yang Sop guna. Ini kerana barangan IKEA setakat ini sangat baik kualitinya dan ada ketikanya ada barang diperolehi dengan harga lebih rendah.


Pemasangan Cod Hensvik IKEA mudah sahaja dan memakan masa lebih kurang 20 minit sahaja. Seperti biasa, pembantu peribadi pertukangan yang banyak membuat kerja berbanding Sop :)

Selesai pemasangan, tilam yang dibeli sekali dengan Cod Hensvik IKEA terus diletak bersama cadar yang juga jenama IKEA. Sekarang ini, hanya tunggu baby sahaja untuk tidur di dalam Cod Hensvik IKEA :)

Bagi yang berminat dengan Cod Hensvik IKEA ini, sila rujuk laman web IKEA.

Galeri gambar:







Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
05 March, 2015 22:42 delete

Jeles betui.
Wan pun minat juga dgn design IKEA ni. Sebab jauh jer...kalau tak wan mesti layan juga.

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
06 March, 2015 09:08 delete

Wan ambil satu hari, dtg KL dengan van, pastu borong barang IKEA :)

Reply
avatar