Pengalaman pertama Azfar dan Azwar menonton bola di stadium

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Anda suka menonton bola?
Azfar dan Azwar merupakan peminat bola. Minat mereka semakin bertambah apabila Sop menghantar mereka menyertai klinik bola yang diadakan di sekolah.

Pengalaman pertama Azfar dan Azwar menonton bola di stadium

Sebelum ini, Azfar dan Azwar hanya menonton perlawanan bola sepak dari TV sahaja. Baru-baru ini ketika balik kampung di Kuala Terengganu, terdapat perlawanan antara Terengganu dengan Sime Darby FC. Ketika ke bandar Kuala Terengganu, Sop sempat mendapatkan tiket untuk perlawanan tersebut. Dalam masa yang sama, Sop sempat membeli jersi Terengganu yang ada dijual di perkarangan stadium tersebut dengan melekatkan nama sekali.

Pengalaman pertama menonton di stadium amat mengujakan Azfar dan Azwar. Apabila dimaklumkan akan menonton bola di stadium, masing-masing tidak sabar untuk ke sana.

Pengalaman pertama Azfar dan Azwar menonton bola di stadium

Kemeriahan menonton di TV dengan stadium amat berbeza. Suasana yang meriah menjadikan Azfar dan Azwar lebih seronok lebih-lebih lagi pasukan Terengganu dapat menjaringkan gol. Malah ketika perlawanan, penonton ada membuat ombak manusia. Lagilah Azfar dan Azwar teruja dengan pengalaman tersebut.

Pengalaman pertama pasti akan diingat oleh mereka seperti mana Sop pertama kali menonton bola di stadium bersama ayah Sop :)

Pengalaman pertama Azfar dan Azwar menonton bola di stadium

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Lynn Munir
AUTHOR
05 March, 2015 00:31 delete

Wah,kecik-kecik dan gi tengok bola..,meriah lah geng si ayah nanti.

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
05 March, 2015 09:13 delete

biasa la anak lelaki
mesti minat bola kan? hehee

Reply
avatar