Berada di Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Pernah berada di Avillion Admiral Cove, Port Dickson?
Ini merupakan kali kedua Sop berada di sini atas urusan kerja. Sebelum ini pernah berada di Avillion Admiral Cove, Port Dickson pada 4 tahun lepas. Agak lama juga tidak ke sini dan menariknya tidak banyak yang berubah berbanding dahulu.


Avillion Admiral Cove, Port Dickson merupakan hotel yang menarik untuk mengadakan seminar dan kursus. Malah amat sesuai juga untuk berehat dengan permandangan yang menarik.

Paling Sop suka di Avillion Admiral Cove, Port Dickson ialah permandangan yang menarik dan suasana yang tenang ketika berada di sini. Permandangan boat dengan suasana yang damai memberi ketenangan ketika berada di sini.


Bilik di hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson juga sangat selesa dan bersih, Kemudahan yang disediakan sangat memuaskan kecuali WiFi yang hanya boleh diakses di ruang dobi sahaja. Nasib baik ruang lobi selesa dengan disediakan banyak kerusi dan sofa untuk pengunjung santai lepak di situ.


Makanan yang disediakan juga menarik dan sedap. Memang banyak menu untuk dipilih di hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson ini.

Bagi yang belum pernah berada di Avillion Admiral Cove, Port Dickson ini, boleh dimasukkan dalam senarai hotel untuk bercuti atau urusan kerja :)

Galeri gambar:

View sebelah malam
Bilik seminar
View bot
Ruang lobi
Ruang bilik seminar
View sunset

Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
Sop Nama Saya
AUTHOR
26 January, 2015 12:46 delete

sangat cantik cik nor :)

Reply
avatar
Diana Rashid
AUTHOR
26 January, 2015 22:13 delete

nampak selesa bilik penginapan tu..

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
27 January, 2015 01:15 delete

Sgt selesa Diana
Mmg best :)

Reply
avatar
27 January, 2015 14:34 delete

dah lama tak ke avillion..lg specific dah lama tak ke PD =)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
05 February, 2015 08:42 delete

boleh la g jalan2 pd nani suki :)

Reply
avatar