22 December 2014

Sukanya Auni mandi kolam

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Gaya sebelum ke kolam renang
Mandi kolam pasti disukai oleh kanak-kanak kerana ia merupakan peluang untuk bermain air. Agak lama juga Auni tidak bermain di kolam. Sebelum ini ada beberapa kali Auni telah pakai baju renang tersebut tetapi tidak juga pergi mandi :)

Kali ini, Auni agak seronok dapat mandi mandi kerana beliau sudah boleh lepas berjalan dalam kolam tanpa tenggelam. Sebelum ini, kami perlu pegang ketika mandi di kolam kerana aras air yang tinggi. Dah besar sikit ni, air hanya paras dada sahaja. Memang seronok dapat bebas ke sana sini dalam kolam. Namum pengawasan penuh masih diperlukan kerana masih boleh tenggelam jika terjatuh ketika berjalan. Semalam, dua kali juga Auni terjatuh dan tenggelam dan dengan segera perlu bantu angkat :)


Setelah setengah jam mandi mandi akhirnya Auni menggigil kesejukan namum masih tidak mahu naik. Belum puas agaknya mandi manda. Hahahaha. Kalau ikut kanak-kanak, mesti tidak mtuahu naik jika mandi kolam bukan? Macam Azfar dan Azwar kalau dah mandi memang susah hendak naik walauun telah kesejukan.

Setakat ni, kami jarang bawa mandi kolam kerana selalunya selepas mandi kolam ada anak-anak yang demam. Mungkin sebab mandi terlalu lama kesejukan kot? Hahaha

Anda suka mandi kolam?

Galeri gambar:







5 comments:

  1. Memang xhairan tu bro.. budak2 memang lebih suka main air kan.. hehe..

    My Blog :

    http://segalaceritera.com/atik/

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon