20 October 2014

EduRiders@KL meraikan murid Pendidikan Khas

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

EduRiders@KL meraikan murid Pendidikan Khas
Ucapan dan taklimat oleh wakil EduRiders@KL
Pada minggu lepas, SK Seri Kepong telah mengadakan Minggu Pendidikan Khas yang bermula dari hari Selasa hingga Jumaat. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang Minggu Pendidikan Khas SK Seri Kepong tersebut seperti pameran Pendidikan Khas, Seminar Pendidikan Khas, pemeriksaan kesihatan, sukaneka dan lain-lain lagi.

Pada hari Jumaat, EduRiders@KL telah dijemput untuk memeriahkan Minggu Pendidikan Khas SK Seri Kepong tersebut dengan mengadakan pemeran permotoran dan sesi menunggang bersama murid Pendidikan Khas. Sebelum itu, wakil EduRiders@KL telah memberi sedikit taklimat dan kempen keselamatan jalan raya kepada mereka yang hadir di Minggu Pendidikan Khas.

EduRiders@KL meraikan murid Pendidikan Khas
Murid Pendidikan Khas diberi ruang untuk mencuba duduk di atas motosikal
EduRider@KL telah memberi peluang kepada murid Pendidikan Khas menaiki motosikal dengan membuat pusingan di kawasan sekolah tersebut. Murid SK Seri Kepong sangat teruja dengan pelbagai jenis motosikal yang hadir pada hari tersebut. Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan merasai sendiri pengalaman menaiki motosikal berkuasa tinggi tersebut.

Masing-masing teruja apabila dapat merasai pengalaman tersebut walaupun hanya berpusing di kawasan sekolah sahaja. Mereka kelihatan teruja kerana diberi peluang merasai sendiri pengalaman menaiki motosikal berkenaan.

EduRiders@KL meraikan murid Pendidikan Khas
Keseronokkan jelas terpapar dari murid Pendidikan Khas
Semoga pengalaman baru seperti ini membantu murid-murid Pendidikan Khas untuk menimba sesuatu yang baru.

Tahniah kepada pihak SK Seri Kepong yang berjaya menjalankan Minggu Pendidikan Khas ini

Galeri gambar:

EduRiders@KL meraikan murid Pendidikan Khas
Pameran motosikal berkuasa tinggi
EduRiders@KL meraikan murid Pendidikan Khas
Murid Pra Sekolah turut bersama dengan aktiviti ini

EduRiders@KL meraikan murid Pendidikan Khas
Murid teruja dapat membonceng motosikal berkuasa tinggi

EduRiders@KL meraikan murid Pendidikan Khas
Sesi membawa murid menaiki motosikal berkuasa tinggi

EduRiders@KL meraikan murid Pendidikan Khas
Guru-guru membantu murid untuk naik ke motosikal

EduRiders@KL meraikan murid Pendidikan Khas
Jelas kegembiraan yang terpancar

EduRiders@KL meraikan murid Pendidikan Khas
Seronok dapat naik motosikal?

EduRiders@KL meraikan murid Pendidikan Khas


4 comments:

  1. subhanallah...
    happy sungguh tengok muka anak2 tuh seronok tak terkira dapat naik moto tuh

    ReplyDelete
  2. tahniah kerana menceriakan anak2 ini (h)

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon