Konvoi EduRiders@KL ke Cherating 2014

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Konvoi EduRiders@KL ke Cherating 2014

Baru-baru ini, Sop dapat menyertai konvoi bermotosikal kelab EduRiders@KL ke Cherating, Kuantan, Pahang. Konvoi bermotosikal ini telah disertai oleh 35 orang peserta dengan 27 buah motosikal pelbagai jenis. EduRiders@KL Anniversary Ride 2014 telah berlangsung dari 19 hingga 20 September 2014.

Konvoi EduRiders@KL ke Cherating 2014

Peserta konvoi telah berkumpul di S4M Motorsport, Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Sarapan telah ditaja oleh penaja pada pagi tersebut. Taklimat ringkas telah diberikan oleh Pengerusi EduRiderss@KL dan Abang Sham, S4M Motorsport turut berkongsi tips serta panduan pada pagi tersebut.

Konvoi EduRiders@KL ke Cherating 2014

Perjalanan konvoi telah bermula pada jam 9.00 pagi melalui Kuala Klawang dan menuju ke Felda Kratong untuk singgah makan tengah hari yang disediakan oleh keluarga ahli EduRiders@KL. Makanan masakan kampung yang dihidangkan cukup menyelerakan. Terima kasih kepada keluarga Kimi yang menaja makan tengah hari tersebut.

Konvoi EduRiders@KL ke Cherating 2014

Selepas selesai makan dan solat, perjalanan konvoi diteruskan menuju ke Cherating, Kuantan, Kuala Lumpur. Perjalanan lancar dan peserta selamat sampai ke Hotel Suria Resort & Hotel Cherating pada jam 4.30 petang. Pada sebelah petang, peserta konvoi sempat beriadah di tepi pandai dengan bermain bola tampar pantai.

Konvoi EduRiders@KL ke Cherating 2014

Pada sebelah makan, telah diadakan makan malam di hotel tersebut dan aktiviti karaoke telah dijalankan. Peserta konvoi yang berbakat menyanyi telah menyampaikan beberapa buah lagu untuk menghiburkan peserta lain :)

Konvoi EduRiders@KL ke Cherating 2014

Pada keesokkannya, peserta konvoi telah berkumpul pada jam 11.00 pagi untuk daftar keluar dan meneruskan perjalanan ke Kuantan untuk makan tengah hari yang ditaja oleh Stesyen Petronas Jalan Semambu, Kuantan, Pahang. Selesai makan dan solat, peserta meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Konvoi EduRiders@KL ke Cherating 2014

Ketika melalui Lebuhraya Pantai Timur, sebuah motosikal peserta konvoi telah terbabas kerana hujan lebat. Beliau telah dikejarkan ke Hospital Temerloh dengan ambulan. Keadaan rakan konvoi agak teruk dan dimasukkan ke ICU. Keadaan beliau stabil dan kini bertambah baik. Semua peserta telah berkumpul di Hospital Temerloh sehingga keadaan stabil. Pada jam 8.00 malam, peserta konvoi beransur kembali ke Kuala Lumpur kecuali beberapa peserta yang tinggal di hospital menantikan ahli keluarga peserta yang kemalangan.

Sepanjang perjalanan balik, hujan turun sepanjang jalan dan Sop telah tiba di rumah pada jam 12.00 malam. Terima kasih kepada semua peserta konvoi EduRiders@KL yang berkongsi pengalaman bersama. Semoga cepat sembuh rakan yang terlibat dengan kemalangan tersebut.

Galeri gambar:

Konvoi EduRiders@KL ke Cherating 2014

Konvoi EduRiders@KL ke Cherating 2014

Konvoi EduRiders@KL ke Cherating 2014

Konvoi EduRiders@KL ke Cherating 2014

Konvoi EduRiders@KL ke Cherating 2014

Konvoi EduRiders@KL ke Cherating 2014

Previous
Next Post »

16 comments

Write comments
rose bunquet
AUTHOR
30 September, 2014 16:23 delete

seronok konvoi ramai-ramai sebab dapat berjalan ke mereta tempat bahkan bole buat kerja amal lagi.hati2 ya sebab cuaca sekarang sering tidak menentu.

Reply
avatar
rose bunquet
AUTHOR
30 September, 2014 16:24 delete


bestnya semoga selamt pergi dan balik ya sop :)

Reply
avatar
30 September, 2014 16:40 delete

Semoga kawan yang kemalangan tu cepat sembuh. Best kalau konvoi ramai-ramai ni. Tapi keselamatan pun perlu diutamakan jugakkan bro.

Reply
avatar
Fuza Musa
AUTHOR
30 September, 2014 16:47 delete

skali sekala riadah dengan kawan2 memang sempoi...

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
01 October, 2014 09:11 delete

mmg dunia ini kecil jer :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
01 October, 2014 09:12 delete

betul tu @Rose
kepuasan konvoi apabila dpt bersama2 dgn rakan2
terima kasih ya Rose

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
01 October, 2014 09:13 delete

terima kasih @Rose :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
01 October, 2014 09:14 delete

betul tu bro Hazmin
keselamatan mmg utama terutama apabila ramai
terima kasih bro

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
01 October, 2014 09:15 delete

terima kasih sis Fuza
mmg syok dapat ride reramai :)

Reply
avatar
Linda Ishak
AUTHOR
01 October, 2014 17:44 delete

Saya ada terdengar berita sahabat kita yg accident tu.. harap beliau cepat sembuh....

Reply
avatar
03 October, 2014 17:46 delete

saya takut naik motor...apa-apa pun selamat berkonvoi

Reply
avatar
DeLLas
AUTHOR
09 October, 2014 01:17 delete

sonok baca blog en.sop ni.. mcm tgk discovery channel je.. emmmm..

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
10 October, 2014 00:47 delete

Amin. Terima kasih Linda

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
10 October, 2014 00:48 delete

Terima kasih dellas. Blog awak pun hebat :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
10 October, 2014 00:49 delete

Bermotor mmg risiko
Tp keselamatn mmg penting
Thx @Siti

Reply
avatar