Foto - Menu berbuka masakan kedai

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Foto menu berbuka - masakan kedai

Apa menu berbuka puasa hari ini?
Apabila akhir-akhir Ramadhan ini, kelihatan restoran dan buffet semakin dipenuhi pengunjung. Majlis-majlis berbuka puasa juga banyak diadakan oleh individu, majikan atau persatuan.

Masing-masing juga mula mencari menu yang baru untuk berbuka puasa. Menu berbuka puasa kali ini ialah masakan kedai iaitu masakan Siam atau Thai Food. Kami bungkus dan makan di rumah kerana lebih selesa berbanding makan terus di kedai. Susah juga hendak terkejar-kejar untuk solat apabila berbuka di kedai makan nanti.

Menu pilihan kami untuk hari ini ialah set makan untuk bertiga. Promosi istimewa bulan Ramadhan kedai makan Kak Zila yang terletak di Danau Kota tidak jauh dari rumah Sop. Set menu ini terdiri daripada berikut:

  • siakap 3 rasa
  • tomyam
  • paprik
  • sayur kangkung
Harga untuk set ini ialah RM 29.90 sahaja dan tidak termasuk minuman. Murah tak?

Set menu ini amat mencukupi untuk kami sekeluarga. 
Kadang-kadang, beli di kedai lebih jimat dari masak sendiri bukan?

Galeri gambar:

Foto menu berbuka - masakan kedai
Siakap 3 rasa

Foto menu berbuka - masakan kedai
Paprik

Foto menu berbuka - masakan kedai
Kangkung ikan masin

Foto menu berbuka - masakan kedai
Tomyam campur

Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Linda Ishak
AUTHOR
19 July, 2014 10:24 delete

cantik lah gambar2 ni bro sop.... shoutbox apasal xleh bukak erk..??

Reply
avatar
Eshamz Halim
AUTHOR
22 July, 2014 07:38 delete

Nampak sedap jer...ekekekeke... :D

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
22 July, 2014 16:47 delete

terima kasih linda
server shoutbox busuk down biasanya :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
22 July, 2014 16:47 delete

memey sedap :)
jemput rasa bro :)

Reply
avatar