Menonton filem How To Train Your Dragon 2

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sudah menonton filem How To Train Your Dragon 2?
Baru-baru ini Sop kesempatan menonton bersama keluarga filem How To Train Your Dragon 2 di pawagam MBO Festival City. Kami selalu menonton di MBO kerana ia berdekatan dengan rumah dan harga wayang 3D lebih murah. Lagipun kami telah ada cermin mata 3D jadi tidak perlu lagi membeli cermin mata 3D tersebut.

Filem How To Train Your Dragon menjadi filem kegemaran kami sekeluarga. Filem kartun memang digemari kanak-kanak bukan? Malah orang dewasa pun gemar filem How To Train Your Dragon ini kerana jalan cerita yang menarik.

How To Train Your Dragon 2 ini merupakan sambungan kepada cerita pertama kerana terdapat kesinambungan cerita. Namun begitu jalan cerita berbeza berbanding yang pertama tetapi menarik dan tidak membosankan.

Kisah How To Train Your Dragon 2 ada adegan gembira dan sedih. Gembira kerana hero tiba-tiba dapat bertemu dengan emaknya tetapi kemudian kehilangan ayahnya yang akhirnya meninggal dunia. Kehidupan dengan naga lebih meriah setelah dalam filem pertama masyarakat telah menerima naga dalam kehidupan.

Ikuti kisah penuh How To Train Your Dragon 2 di pawagam yang berhampiran. Jika Sop cerita penuh nanti kurang menarik pula jadinya. Jadi, anda tonton sendiri filem How To Train Your Dragon 2.

Secara keseluruhan, Sop berpuas hati dengan filem How To Train Your Dragon 2 ini.

Previous
Next Post »

10 comments

Write comments
amir zahari
AUTHOR
18 June, 2014 08:00 delete

Hiccup & Tootless.. siri dua ni macam best je.. minat dgn filem2 animasi macam ni..

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
18 June, 2014 11:17 delete

menarik juga siri kedua ni
xrugi gi menontin :)
txh @amir

Reply
avatar
mamapp
AUTHOR
18 June, 2014 12:11 delete

tingin nk bawak syafi gi tengok kt wayang. tp dia tanak huhuu

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
18 June, 2014 12:36 delete

bgs juga xnak mama :)
kalau suka jenuh pula dok minta cam anak2 Sop.. hahaha

Reply
avatar
18 June, 2014 13:33 delete

CN pernah tengok yang first, second ni tak sempat tgk lagi, mmg klakar yang first tu..layan jer..hehe

Reply
avatar
18 June, 2014 16:25 delete

emm 18tahun ke atas boleh tgk tak citer ni.. :P

Reply
avatar
Linda Ishak
AUTHOR
19 June, 2014 11:13 delete

Baru plan hujung minggu ni nak pergi ngan anak.. macam best je...

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
24 June, 2014 14:44 delete

mmg best
yg dua ni pun best CN
jgn lupa tonton ye

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
24 June, 2014 14:44 delete

hahaha
boleh tgk sangat yer Suki... hehehe :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
24 June, 2014 15:20 delete

mmg best
jgn xgi yer @Linda :)

Reply
avatar