Searching...
05 May 2014

Menonton The Amazing Spider-Man 2

Monday, May 05, 2014
The Amazing Spider-Man 2
Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sudah menonton The Amazing Spider-Man 2?
Sop baru sahaja menonton The Amazing Spider-Man 2 baru-baru ini di MBO Festival City. Sekarang ini setiap kali menonton wayang di MBO pasti akan menonton filem 3D kerana harga yang jauh lebih murah berbanding panggung wayang lain. Spec 3D tidak perlu lagi dibeli kerana telah ada dibeli sebelum ini.

Semasa membaca status dari rakan-rakan mengenai filem The Amazing Spider-Man 2 agak risau juga kerana ramai yang berkata ianya bosan dan banyak bercakap dari aksi. Namun begitu, kami pergi juga menonton kerana  tiket telah dibeli secara online.
Biasanya jika cerita yang membosankan pasti Sop akan tidur di dalam panggung. Maklum sahaja dengan sejuk dan gelap pasti mudah untuk lena bukan?

Namun filem The Amazing Spider-Man 2  tidak berjaya membuatkan Sop lena di dalam panggung. Ini kerana ia mempunyai jalan cerita yang membuatkan Sop sentiasa fokus untuk menonton. Memang betul aksi dalam The Amazing Spider-Man 2 agak kurang tetapi keseluruhan masih menarik
Mungkin juga ramai yang tidak suka dengan penamat filem The Amazing Spider-Man 2 yang menyebabkan ia jadi tidak best? Penamat yang sedih jarang diminati oleh penonton bukan?

Bagi yang belum menonton filem The Amazing Spider-Man 2, dicadangkan anda menonton yang 3D kerana banyak kesan 3D menarik yang dimasukkan.

Secara keseluruhan, Sop bagi 4 dari 5 bintang untuk filem The Amazing Spider-Man 2 ini. Anda bagaimana pula?
Anda baru saja membaca artikel bertajuk Menonton The Amazing Spider-Man 2 dalam kategori Filem / Wayang dari URL http://www.sop.name.my/2014/05/menonton-amazing-spider-man-2.html. Sila kongsi artikel ini kepada rakan melalui laman sosial di bawah.
  • comments powered by Disqus

    13 comments:

    1. wah belum berpeluang nak tgk ni...

      ReplyDelete
    2. Huhuhu.... ending dia..... huhuhuhu... gwen....!!!

      ReplyDelete
    3. wah...mmg kawan-kawan ckp mmg best spiderman yg baru ni... nanti kena ajak wife gi nonton ni... :D

      ReplyDelete
      Replies
      1. ok lah.. boleh feeling dgn wife,, hehehe

        Delete
    4. Menarik juga. Anak3 pn suka tengok

      ReplyDelete
    5. ika pun dah tengok sop...terlalu beremosi cerita ni pada ika...sebab sepanjang tengok mata bergenang je uhuhuhuhu....

      ReplyDelete
      Replies
      1. iyer
        terima kasih ika atas perkongsian

        Delete
    6. Sori yer.. Tumpang lalu.. Anda di tag yer untuk Liebster Award . Hehe

      ReplyDelete
    7. wahh..bro sop nk tgk jugaaaa =))

      ReplyDelete