Lawatan Amal Dan Mesra Insan EduRiders@KL

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Lawatan Amal Dan Mesra Insan EduRiders@KL
Sesi bergambar kenang-kenangan sebahagian EduRiders@KL dan Warga Rumah Kebajikan Nur Hati
Pada Sabtu lepas (12 April 2014), Sop berpeluang menyertai aktiviti EduRiders@KL iaitu Lawatan Amal Dan Mesra Insan EduRiders@KL. Program kemasyarakatan ini diwujudkan oleh EduRiders@KL untuk membantu rumah anak yatim yang memerlukan.

Program yang pertama kali dijalankan oleh EduRiders@KL ini mendapat perhatian dan sambutan yang menggalakan. Sumbangan yang dikutip selama 2 minggu tersebut telah berjaya mengumpul berjumlah RM 17,000.00 dalam bentul tunai dan barangan keperluan Rumah Kebajikan Nur Hati.

Selain EduRiders@KL, beberapa kelab permotoran lain juga dijemput untuk menyertai program ini.

Rumah Kebajikan Nur Hati yang terletak di Ampang ini menempatkan anak-anak yatim, wanita teraniya dan orang tua. Rumah Kebajikan Nur Hati ini dikendalikan oleh individu menggunakan hasil perniagaan peribadi. Sumbangan daripada masyarakat amat diperlukan kerana Rumah Kebajikan Nur Hati memerlukan perbelanjaan yang tinggi berikutan jumlah penghuni yang ramai.

Semoga program Lawatan Amal Dan Mesra Insan EduRiders@KL ini dapat membantu mengurangkan beban kos perbelanjaan di Rumah Kebajikan Nur Hati ini.

Kepada mereka yang berminat untuk menyalurkan sumbangan berbentuk kewangan atau barangan, sila hubungi Rumah Kebajikan Nur Hati seperti alamat berikut:

Rumah Kebajikan Nur Hati,
No.2, Jalan Rasmi 11,
Taman Rasmi Jaya,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

Galeri gambar:

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Mus
AUTHOR
15 April, 2014 08:46 delete

seronok buat aktiviti begini

Reply
avatar