Falsafah buah-buahan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Hanya berkongsi artikel yang diterima dari WhatsApp. Ringkas tetapi menarik dan dalam maksudnya :)

1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.

3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.

5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.

6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santanya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna

7. Jadilah manggis.
Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.

Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
Denaihati
AUTHOR
11 April, 2014 17:45 delete

Jadilah buah durian sebab mahal harganya.... bagus Falsafah buah-buahan ni bro.

Reply
avatar
cik lisa
AUTHOR
12 April, 2014 16:34 delete

deep deep! especially nombor 3 tu, hehe :))

Reply
avatar
13 April, 2014 23:22 delete

Assalammualaikum.. sop,

perumpaan ini mendalam maksud nya.. bagus untuk ingatan nie... suka2,

mselim3

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
15 April, 2014 01:19 delete

terima kasih bro Denaihati :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
15 April, 2014 01:19 delete

terima kasih @Sally :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
15 April, 2014 01:20 delete

sampai maksudnya kira ok la tu @cik lisa :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
15 April, 2014 01:21 delete

Waalaikumussalam MSelim
terima kasih :)

Reply
avatar