Portable hard disc telah rosak

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Portable hard disc telah rosak

Portable hard disc diperlukan untuk menyimpan data. Ia mudah digunakan kerana boleh dibawa ke mana-mana dengan saiz yang besar. Berbeza dengan thumb drive yang saiz agak kecil dan terhad untuk menyimpan banyak fail.

Sop telah menggunakan portable hard disc agak lama untuk menyimpan fail-fail utama. Boleh dikatakan portable hard disc adalah sebagai pusat data utama setelah di sentiasa bersambung pada komputer. Sop hanya cabut apabila ada urusan luar yang perlu dibawa maklumat berkaitan.

Setelah sekian lama menggunakannya, akhirnya portable hard disc tersebut telah meragam dan tidak boleh digunakan langsung. Apa yang terkilan ialah data-data, fail-fail dan semua bahan tidak dapat diselamatkan. Portable hard disc tersebut langsung tidak dapat dibuka fail walaupun ia telah dipecah kepada beberapa partition. Pada  awalnya hard disc masih boleh dibaca oleh komputer tetapi tidak dapat akses kepada data. Kemudian, portable hard disc tersebut semakin tenat apabila Sop cuba dan mencuba untuk mendapatkan data.

Kini (mood sedih), portable hard disc tersebut sampai ke akhir nyawa yang mana tidak boleh dikesan lagi kewujudannya pada komputer. Harapan untuk mendapatkan data di dalamnya semakin musnah. Huhuhu

Adalah anda pernah mengalami pengalaman kehilangan semua data?
Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
D_08
AUTHOR
03 March, 2014 12:36 delete

awok pernah kena masa guna external hard disk... meraung ooo...banyak fail tak dapat selamat..... sabo je le Sop...

Reply
avatar
03 March, 2014 16:16 delete

dah cuba bawa pada yang pakar ke bro Sop? Mana tau boleh diselamatkan lagi.

Reply
avatar
Abe Kie
AUTHOR
03 March, 2014 18:25 delete

cuba simpan di cloud storage spt www.mediafire.com dan www.copy.com

Reply
avatar
CIK TOM
AUTHOR
03 March, 2014 23:06 delete

pernah jugak..tp xterilan sgt sbb biasa portable hard disk ciktom simpan cerita n lagu je..hehe

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
03 March, 2014 23:27 delete

itu lah.. awok sabo la nih walaupun ;-(
terima kasih D_08

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
03 March, 2014 23:28 delete

xberani nak bawa
dorang boleh buat tp kos yg xtahan
pernah tgk2 dulu2.. harga riban2.. xberbaloi la plak... hehhe
terima kasih bro Hazmin

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
03 March, 2014 23:30 delete

pernah try di google document tp leceh bila nak guna.. internet opis xlaju :)
terima kasih Abe Kie atas cadangan :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
03 March, 2014 23:31 delete

kalau bahan xpenting sgt xpa
ni byk data urusan kerja
nak buat blk tu yg :-s huhuh
thx cik tom

Reply
avatar