01 February 2014

Pertama kali Auni pegang kucing

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kucing merupakan binatang peliharaan yang digemari ramai walaupun ada sesetengah yang agak geli. Ini adalah kali pertama Auni memegang kucing.

Sebelum ini Auni ada melihat kucing tetapi belum pernah memegangnya. Apabila cuba untuk bagi Auni pegang
pasti Auni akan takut.

Kali ini merupakan kali pertama Auni dapat pegang dan usap kucing tersebut. Ia berlaku dengan tidak sengaja yang mana apabila tiba-tiba kucing naik di atas kerusi tempat Auni duduk. Mulanya Auni agak terkejut tetapi kemudian mula berani untuk memegangnya.

Kucing rumah ibubapa Sop ini memang manja dengan orang. Ia memang suka bermain dan manja-manja dengan orang.

Ini merupakan pengalaman pertama Auni dapat memengang kucing. Mungkin selepas ini Auni tidak akan takut lagi dengan kucing.


Posted via Blogaway


EmoticonEmoticon