02 February 2014

Mangsa gigitan nyamuk kampung

Kesan gigitan nyamuk di muka

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Hari ini hari ketiga kami berada di Kampung Laut, Kuala Terengganu. Di kampung adalah biasa bagi nyamuk banyak dan sesekali darah dari bandar datang kenduri besar nampaknya mereka.

Biasanya apabila balik kampung, kami akan bawa ubat nyamuk elektrik tetapi kali ini terlupa pula. Kesannya semua telah digigit nyamuk termasuk Auni. Setakat ini, Auni yang paling banyak yang kena berdasarkan kesan yang ada. Azfar dan Azwar juga kena tetapi kesan gigitan cepat hilang berbanding Auni.

Nyamuk di sini kebanyakkan nyamuk jenis tiruk yang bersaiz agak besar. Sekali gigit memang kesan agak teruk terutama kanak-kanak. 2 atau 3 hari juga baru boleh hilang kesan gigitan nyamuk tersebut.

Hendak pasang kipas laju cuaca pula sejuk di kampung sekarang ini. Apabila pasang perlahan kipas, nyamuk pula berleluasa. Kenalah derma darah lagi malam ini kerana esok baru pulang ke Kuala Lumpur :)


Posted via Blogaway

2 comments:

  1. salam..
    selalu kalau nak hilangkan ketak viks sahaja.

    ReplyDelete
  2. Biasalah duduk kampung, jarang kena gigit nyamuk tak tahulah kenapa tapi orang lain yang kena. haha

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon