14 January 2014

Review WU-1a Wireless Mobile Adapter

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Review WU-1a Wireless Mobile Adapter

WU-1a Wireless Mobile Adapter baru sahaja Sop beli melalui Yamiya minggu lepas. Sila rujuk entry tentang Yamiya Stor Online Peralatan Fotografi di sini.

Agak lama Sop berhajat untuk membeli  WU-1a Wireless Mobile Adapter selepas terbaca tentangnya. Namun apabila tercari-cari dikedai tidak pula terjumpa. Sebelum beli online, hendak juga hendak lihat rupa secara fizikal tetapi malangnya setiap kedai tidak menyediakan  WU-1a Wireless Mobile Adapter ini.

Sop teringin untuk menggunakan WU-1a Wireless Mobile Adapter ialah untuk memudahkan proses pemindahan dari kamera ke telefon. Biasanya semasa event atau sedang travel, kita ingin terus berkongsi gambar-gambar yang menarik ke laman sosial. Tentu menarik gambar-gambar yang cantik dapat dikongsi dengan rakan-rakan :)


Review WU-1a Wireless Mobile Adapter

Selain menggunakan WU-1a Wireless Mobile Adapter ini, pengguna DLSR boleh juga menggunakan WiFi SD Card untuk tujuan pemindahan gambar. WU-1a Wireless Mobile Adapter juga mempunyai fungsi lain sekadar memindahkan gambar.

Antara fungsi WU-1a Wireless Mobile Adapter adalah seperti berikut:

  • Lihat galeri imej melalui telefon dan pindah ke telefon
  • 'Liveview' dan rakam gambar melalui telefon
Review WU-1a Wireless Mobile Adapter

Untuk menghubungkan antara DSLR dengan telefon, aplikasi Nikon Wireless Mobile Utilities diperlukan yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play atau App Store. Penggunaan sangat mudah, hanya pasang WU-1a Wireless Mobile Adapter dan buka Aplikasi Nikon Wireless Mobile Utilities.

Review WU-1a Wireless Mobile Adapter

Setelah disambungkan antara DSLR dengan telefon, pengguna boleh memilih untuk 'take photo' atau 'view photo'. Untuk mengambil gambar, pengguna boleh memilih untuk snap menggunakan telefon atau juga melalui kamera. Ketika sedang bersambung (connected), liveview pada skrin kamera tidak akan dipaparkan. Gambar yang diambil akan terus disimpan di dalam telefon. 

Review WU-1a Wireless Mobile Adapter

Pemilihan saiz gambar juga boleh dilakukan semasa pemindahan dari kemera ke telefon atau boleh pilih saiz asal. Kelajuan proses pemindahan juga memuaskan. Lebih kurang pemindahan fail menggunakan bluetooth :)

Bersama pakej WU-1a Wireless Mobile Adapter ini disertakan bekas dan tali untuk menyimpannya. Risau juga alat yang kecil-kecil begini yang mudah hilang atau tercicir. Dengan kotak dan tali ini, sudah pasti WU-1a Wireless Mobile Adapter sukar untuk tercicir :)

Review WU-1a Wireless Mobile Adapter

Untuk maklumat lanjut mengenai WU-1a Wireless Mobile Adapter ini, sila rujuk http://www.nikonusa.com/en/Nikon-Products/Product/Wireless/27081/WU-1a-Wireless-Mobile-Adapter.html

10 comments:

  1. wahhhhh, menarik ni sop...ika pun guna dslr mencari2 juga benda ni....tapi betul, memang susah nak jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena beli online jer Ika :) hehe
      thx Ika

      Delete
  2. Nice Gadget bro... Nak ada benda nie kena ada DSLR... Saya sedang tercari-cari lagi... Bro, kalau boleh tambahlah Comment as dekat blog bro dengan Name and URL :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Izzudin
      cadangan bro telah diambil tindakan :)

      Delete
  3. Wahhh bagus la menda ni...macam - macam teknologi sekarnag ni kan?kita yang duk bawah tempurung ni lah ketinggalan selalu..hehe

    ReplyDelete
  4. bagus juga gadjet ni, semakin mudah nak trasfer gambar terutamanya kat luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bro denaihati
      mudah untuk kongsi terus gambar menarik :)

      Delete
  5. saya tiada benda ini.cuma wireless mouse sahaja uh...kalau penting perlu wajib di cari dan beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. wireless mouse pun kira hebat sbb sop pakai mouse wayer jer.. hehehe

      Delete


EmoticonEmoticon