Majalah al-Ustaz - Anda Musykil Islam Menjawab

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Pernah baca Majalah al-Ustaz?
Sop baru pertama kali membaca majalah al-Ustaz ini. Sebelum ini, Sop memang jarang membaca majalah walaupun majalah hiburan.

Majalah al-Ustaz merupakan majalah keluaran Telaga Biru yang berkongsepkan soal jawab berdasarkan persoalan yang diutarakan dengan kehidupan seharian dan Agama Islam. Dengan tagline "Anda Musykil Islam Menjawab", kebanyakkan persoalan yang dikongsikan berdasarkan isu-isu semasa yang mungkin ada kemusykilan di kalangan umat Islam.

Bagi yang ingin maklumat lanjut mengenai Majalah al-Ustaz ini, kenalah dapatkannya di pasaran. Sop hanya berkongsi dan bukan promosi :)

Harga Majalah al-Ustaz ini ialah RM 9.00 bagi semenanjung dan RM 11.00 bagi Sabar dan Sarawak.

Komen Sop: Banyak maklumat yang Sop baru tahu dari persoalan dan jawapan yang terdapat dalam Majalah al-Ustaz ini.
Previous
Next Post »