Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Ketiga

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kembara Utara EduRiders@KL pada hari ketiga dimulakan dengan sarapan pagi di Holiday Inn Resort tempat penginapan kami. Menu sarapan di Holiday Inn Resort adalah terbaik! Terdapat berpuluh jenis (x kira) menu yang disediakan kepada pelanggan.

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Ketiga

Pagi tersebut, kami sempat santai-santai berehat di pantai Holiday Inn Resort sambil melihat pengunjung bermain payung terjun dan jest ski.

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Ketiga

Perjalanan Kembara Utara EduRiders@KL hari ketiga bermula pada jam 12.00 tengah hari. Destinasi seterusnya kami ialah ke Lumut, Perak untuk mencukupkan jumlah perjalanan sebanyak 1400km. Kami telah berhenti makan tengah hari di Bukit Merah sebelum meneruskan perjalanan ke Lumut.

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Ketiga

Agak lama juga kami berehat di Lumut, Perak untuk solat dan terus makan malam. Perancangan untuk balik ke Kuala Lumpur melalui jalan biasa dibatalkan kerana hati telah malam. Perjalanan dari Lumut ke Kuala Lumpur dengan menggunakan lebuh raya kembali.

Perjalanan waktu malam agak perlahanan berbanding pada siang hari walaupun menggunakan lebuh raya. Kenderaan juga banyak menuju ke Kuala Lumpur.

Check point terakhir kami sebelum berpecah balik ke destinasi masing-masing ialah di Hentian Tanjung Malim. Sop akhirnya sampai di rumah dengan selamatnya pada jam 1.00 pagi.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Kembara Utara EduRiders@KL ini.

Galeri gambar:

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Ketiga

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Ketiga

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Ketiga

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Ketiga

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Affy Afiqah
AUTHOR
24 January, 2014 20:36 delete

wahhhh seronoknya tengok gambar2 motor besar haaa :))

Reply
avatar