Auni mula tidur lewat malam

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Auni mula tidur lewat malam
Jam 12.00 malam tetapi cergas macam jam 8.00 malam :)

Anak tidur lambat pasti memberi kesan kepada ibubapa. Selagi anak belum tidur pasti ibubapa tidak boleh tidur. Adalah merbahaya jika biarkan anak kecil seperti Auni tanpa jagaan. Jika Azfar dan Azwar, kami tidak perlu risau lagi.

Sejak kebelakangan ini, Auni mula tidur lambat. Jam 12.00 malam masih terang mata dan tiada tanda-tanda untuk tidur. Rutin tidur mula berubah apabila Auni mula tidur petang. Apabila malam, adalah sukar untuk Auni untuk tidur. Apabila tidur lambat, maka bangun pagi pun akan lewat dan seterusnya akan membawa kepada tidur sebelah petang.

Jika malam minggu, mungkin tiada masalah untuk kami tidur lewat tetapi pada hari bekerja agak penat juga hendak melayan kerenah Auni. Untuk memastikan Auni duduk diam sementara menanti mata mengantuk, terpaksalah kami memasang cerita Upin dan Ipin yang menjadi kegemaran Auni sekarang ini. Rutin yang sama hampir setiap malam yang terpaksa Sop lalui.

Hendak ubah rutin Auni sekarang agak sukar juga. Kami mencuba juga untuk memastikan Auni tidur awal tetapi tidak berjaya. Auni yang sudah cukup tidur pada sebelah petang memang sukar untuk tidur awal. Pada sebelah siang memang sukar untuk mengubahnya rutin apabila Auni dibawah jagaan mertua. Jika tiba masa mengantuk, Auni akan tidur. Lagipun Auni hanya berada seorang di rumah bersama atuk dan nenek kerana Azfar dan Azwar bersekolah pagi dan petang.

Sementara menanti Auni mengantuk, boleh juga Sop layan-layan blog dan membuat entry. Itupun jika Auni tidak mengganggu. Kalau tidak, kenalah layan cerita Upin dan Ipin yang sudah berpuluh-puluh kali Sop menontonya bersama Auni :)

Anda ada masalah anak sukar tidur awal?
Atau anda yang ada masalah tidur awal? Hehehehe
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Hafizul
AUTHOR
30 January, 2014 01:13 delete

Ayahnya ataupun ibunya yang kena berjaga nih??hehe

Reply
avatar