Melancong ke Medan - Perjalanan ke Danau Toba

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Percutian kami di Medan, Indonesia diteruskan dengan ke destinasi kami yang pertama iaitu Danau Toba, Parapat, Medan, Indonesia. Setelah dijemput oleh Pak Supir kami di Lapangan Terbang Kualanamu, kami terus menuju ke Danau Toba. Pak Syaipul merupakan Pak Supir kami memaklumkan baahawa perjalanan akan memakan masa lebih kurang 5 jam setengah dari Lapangan Terbang Kualanamu ini.

Semasa perjalanan, kami singgah dahulu bersarapan kerana Pak Syaipul belum lagi bersarapan dan kami juga mula telah lapar. Kami singgah bersarapan dengan menu nasi lemak dan soto. Agak berbeza nasi lemak di sini :)

Melancong ke Medan - Perjalanan ke Danau Toba

Selepas 4 jam perjalanan, kami singgah di Pemantang Siantar untuk makan makan tengah hari di Rumah Makan Beringin Indah "Burung Goreng". Burung Goreng di sini cukup popular kerana rasa burung gorengnya sangat sedap. Seperti kedai makan minang yang lain, kami dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk. Pilih sahaja mana yang berkenan tetapi bayaran akan dikenakan lauk pauk yang diusik sahaja.

Melancong ke Medan - Perjalanan ke Danau Toba

Selesai menjamu selera, kami singgah sebentar di Kedai Paten yang popular dengan 'kacang tumbuk' dan barangan cenderamata penduduk tempatan.

Melancong ke Medan - Perjalanan ke Danau Toba

Selepas Pemantang Siantar, perjalanan kami mula lebih mencabar kerana jalan mula berselekoh. Semakin hampir ke Parapat, semakin teruk selekoh jalannya kerana ia melalui tepi bukit dan tasik. Kepala yang sedikit pening mula bertambah pening. Jalannya seperti menuju ke Cameron Highland :)

Melancong ke Medan - Perjalanan ke Danau Toba

Setelah lebih kurang 2 jam perjalanan dari Pemantang Siantar, kami akhirnya sampai ke penginapan kami iaitu Danau Toba International Cottage. Ia terletak berhampiran dengan jeti Tasik Toba. Tempahan Danau Toba International Cottage ini telah dibuat melalui laman web Agoda.com :)

Ikuti review hotel Danau Toba International Cottage ini dalam entry seterusnya.

Galeri gambar:

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
05 December, 2016 14:00 delete

ASSALAMUALAIKUM
FADLY MEDAN TRANSPORT MENYEDIAKAN FAKEJ MUSLIM,MURAH,BERBALOI 4D3N 3D2N
TRANSPORT PERSENDIRIAN,BERSIH,DRIVER TOUR GUIDE,MAKAN HALLALLAN THOIBAH
SILA CALL TO WHATSAPP:+6281376455045
NO AGENT NO PAYMENT
TANPA ORANG TENGAH

Reply
avatar