Mandi manda di Waterpark Gold Coast Resort Morib

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah mandi manda di Waterpark Gold Coast Resort Morib?
Ini adalah kali pertama kami ke Gold Coast Resort Morib ini. Agak lama kami tidak bermandi manda di taman tema air.

Mandi manda di Waterpark Gold Coast Resort Morib

Perancangan ke Waterpark Gold Coast Resort Morib ini secara spontan sahaja. Tiada tempahan awal dibuat untuk menginap di Gold Coast Resort Morib. Ini kerana walaupun tidak menginap, pengunjung boleh juga bermandi manda di Waterpark Gold Coast Resort Morib ini.

Perjalanan daripada Kuala Lumpur memakan masa 1 jam 30 minit sahaja. Oleh kerana Sop pernah ke Morib beberapa kali, tiada masalah untuk mencari Gold Coast Resort Morib ini.

Kami tiba tengah hari di Waterpark Gold Coast Resort Morib. Cuaca sangat baik untuk mandi manda dengan keadaan cukup panas. Memang seronok untuk berendam :)

Permainan tidak banyak tetapi cukup untuk Azfar dan Azwar bermain semuanya. Semua gelongsor dapat digunakan oleh Azfar dan Azwar termasuk yang tinggi. Malah, Auni sendiri dapat bermain gelongsor bersama Sop :)

Mandi manda di Waterpark Gold Coast Resort Morib
Langsung tidak mahu naik
Paling menarik, Auni sangat seronok bermain air sehingga langsung tidak mahu naik. :)

Oleh kerana tiada kedai menjual makan dan minum, pengunjung dibenarkan membawa makanan dan minuman ringan. Berbeza dengan kebanyakkan taman tema lain yang tidak membenarkan dibawa langsung makanan ke kawasan taman tema.

Sebelum masuk, kami ada bertanya tentang kekosongan bilik tetapi malangnya semua penuh. Oleh itu, kami balik hari sahaja. Lagipun perjalanan dari Morib ke Kuala Lumpur tidak terlalu jauh, tiada masalah untuk tidak menginap.

Bayaran masuk untuk Waterpark Gold Coast Resort Morib ialah RM 35.00 untuk dewasa dan RM 20.00 untuk kanak-kanak. Auni tidak dikenakan bayaran kerana ketinggian di bawah tahap dikenakan bayaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gold Coast Resort Morib ini, sila layari http://www.gcr.com.my/

Galeri gambar:

Gambar selanjutnya, sila lawat sini (Album FB)
Previous
Next Post »