Kongsi status komik pada Facebook dengan Bitstrips

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kongsi status komik pada Facebook dengan Bitstrips
Status komik yang dibuat tadi
Akhir-akhir ini, kelihatan ramai pengguna Facebook yang berkongsi status dengan gambar-gambar komik. Status komik ini semakin menjadi perhatian dan ramai mula berminat untuk berkongsi status komik ini.

Bagi yang belum tahu pasti tertanya-tanya bagaimana hendak membuat status komik ini?
Status komik ini dibuat melalui aplikasi Bitstrips yang boleh dipasang pada smartphone anda secara PERCUMA.

Kongsi status komik pada Facebook dengan Bitstrips


Setelah memasang aplikasi Bitstrips, pengguna perlu connect pada akuan Facebook dan seterusnya membina avatar diri anda. Pengguna boleh memilih setting-setting yang disediakan supaya sesuai dengan pengguna tersebut seperti bentuk muka, pakaian, bentuk badan dan sebagainya.

Selepas selesai setting pada avatar, pengguna mula boleh kongsikan status komik dengan memilih berdasarkan keyword mood, aktiviti, tempat dan sebagainya. Setelah memilih status yang sesuai berdasarkan gambar komik, pengguna seterusnya boleh memilih bentuk muka dan menambah perkataan pada gambar komik tersebut.

Kongsi status komik pada Facebook dengan Bitstrips

Selesai membuat gambar komik, pengguna terus boleh kongsikan status komik tersebut pada Facebook.

Penggunaan Bitstrips ini sungguh mudah dan pengguna boleh explore pengguna dengan senang. Paling menarik, terdapat pelbagai jenis status komik yang boleh dipilih berdasarkan keperluan pengguna.

Pasang aplikasi Bitstrips pada smartphone anda (download melalui Google Play, Apps Store) sekarang untuk berkongsi status komik anda :)

Kongsi status komik pada Facebook dengan Bitstrips
Download sekarang
Previous
Next Post »