21 October 2013

SPAM menyerang kotak mesej CBox

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

CBox merupakan salah satu sistem mesej ringkas yang popular selepas shoutbox yang telah memulakan penggunaan secara berbayar. Ramai blogger yang masih menggunakan CBox atau kotak mesej yang lain untuk tujuan blogwalking. Masih ada blogger yang memerlukan kotak mesej untuk meninggalkan pesanan.

SPAM menyerang kotak mesej CBox
Link SPAM yang bersepah-sepah masuk

Sejak kebelakangan ini, kotak mesej Cbox mula menerima pelbagai mesej yang berbentuk SPAM dengan pelbagai link iklan. Kelihatan link dan mesej datangnya dari negara jiran yang banyak. Agak rimas juga dengan link SPAM yang berpusu-pusu sehingga tidak nampak mesej yang ditinggalkan oleh rakan blogger.

Sop telah beberapa kali ban dan report SPAM pada laman CBox tetapi nampaknya tidak berkesan. Mesej-mesej SPAM terus muncul dan muncul. Fungsi ban IP tidak berkesan kerana mungkin mereka menggunakan IP Anonymous atau lain-lain. Malah penghantaran mesej yang sama boleh dilihat pada blog-blog lain yang menggunakan CBox ini.

Agaknya tiba masa untuk bertukar CBox kepada Shout Busuk yang nampaknya bebas SPAM ketika ini.

Rakan-rakan yang menggunakan CBox mengalami masalah yang sama?


EmoticonEmoticon