Rambut Auni telah panjang

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Rambut Auni telah panjang
Rambut Auni yang telah panjang

Agak lama tidak update mengenai Auni yang kini telah berumur 1 tahun setengah. Sekejab sahaja rasanya masa berlalu :)

Masih teringat entry tentang cepatlah Auni panjang. Masa itu rasa lama sangat hendak tunggu rambut Auni panjang. Sedar atau tidak, rambut Auni kini telah panjang. Biasanya jika perubahan berlaku di depan mata setiap hari biasanya kita tidak nampak. Apabila melihat entry tersebut, baru perasan yang rambut Auni cukup panjang.

Rambut Auni yang kerinting menjadikan ia nampak tidak panjang di belalakang. Hendak tahu panjang sebenar kena tarik atau ketika mandi. Batu boleh lihat panjang sebenarnya. Jika tidak, nampak tebal tetapi tidak panjang dibelakangnya.

Rambut Auni telah panjang
Klik rambut depan
Di bahagian depan, rambut telah memasuki mata. Oleh sebab itu, Auni selalu dipakaikan klip rambut untuk mengelak dari rambut memasuki mata. Lagipun Auni tidak pandai lagi untuk menolak rambutnya dari memasuki mata.

Walaupun rambut telah panjang, Auni masih tidak boleh bercakap. Hanya beberapa perkataan yang boleh difahami tetapi yang lain semua bahasa Jerman. Jika diikut pertuturan bahasa Jerman, Auni gak ramah bercerita tetapi malangnya tiada siapa yang faham. Biasa macam itu bukan? Ringan kaki akan menyebabkan berat mulut :)

Rambut Auni telah panjang
Ikat rambut belakang masih belum boleh lagi :(

Previous
Next Post »