18 October 2013

Permainan Bike Race yang best

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Permainan Bike Race permainan yang tidak asing lagi kepada pengguna telefon/tablet android, apple kerana ia telah dimuat turun lebih 10 juta pengguna.

Permainan Bike Race yang best

Sop baru sahaja terjebak dalam Permainan Bike Race ini apabila melihat anak-anak seronok bermain. Mulanya nampak seperti permainan yang membosankan dan mudah tetapi Sop silap kerana Permainan Bike Race ini agak sukar dan mencabar terutama untuk memdapat 3 bintang. Pemaian perlu mendapat jumlah masalah berdasarkan sasaran atau terpantas untuk mendapat 3 bintang.

Setiap peringkat mempunyai kesukaran tertentu dan memerlukan kemahiran kawalan juga. Sop sendiri perlu mencuba beberapa kali untuk berjaya mendapat 3 bintang.

Sekarang ini sedang sangkut untuk peringkat seterusnya yang mana untuk 'unlock', pemain perlu berjaya menang dalam permainan multiplayer yang mana perlu bertanding dengan permain lain. Untuk multiplayer, internet adalah diperlukan. Beberapa bonus seperti naiktaraf motor juga memerlukan bintang dan rekod menang pada perlawanan multiplayer.

Permainan Bike Race yang best

Perlawanan multiplayer adalah mencabar kerana jika kita kurang mahir memang agak sukar untuk menang. Ketika ini terasa cabaran dan akan cuba untuk bersaing. Setiap persaingan tidak perlu secara 'live' kerana ia berdasarkan rekod catatan masa.

Nampak ringkas tetapi menarik. Itu sahaja yang Sop boleh rumuskan dengan Permainan Bike Race ini. Kepada rakan yang hendak mencuba, bolehlah download secara percuma pada Google Play atau Apps Store melalui telefon atau tablet masing-masing.

Jom lawan! Hheehehe


EmoticonEmoticon