Siling kapur akhirnya siap sepenuhnya

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Setelah seminggu rumah berada dalam keadaan 'tokang pecah' akhirnya ubahsuai rumah dengan memasang siling kapur akhirnya siap sepenuhnya. Seminggu adalah waktu yang lama apabila setiap hari melalui keadaan rumah yang 'kucar kacir' tersebut. Entry mengenai sukarnya ubahsuai rumah selepas pindah boleh dibaca di sini.

Siling kapur akhirnya siap sepenuhnya
Siling kapur design L Box
Proses pemasangan siling kapur ini terlewat sehari daripada jadual. Jika diikutkan, hari Isnin dijangka siap sepenuhnya tetapi hari Rabu baru siap sepenuhnya termasuk pembersihan. Ini bermakna proses pemasangan siling kapur ini memakan masa betul-betul 1 minggu.

Selain memasang siling kapur, Sop turut menambah 1 plug tambahan dan pemasangan penghawa dingin. Proses dilakukan secara serentak kerana jika dilakukan kemudian akan lebih sukar nanti.

Siling kapur akhirnya siap sepenuhnya

Untuk makluman, lampu down light kami telah beli sendiri kerana lampu yang diberikan oleh kontraktor adalah jenis biasa. Kos bertambah sedikit tetapi agak berpuas hati berbanding downlight biasa. Jika hendak beli downlight LED memang tidak mampu kerana yang paling murah pun RM60 sebiji! Design downlight yang dipilih ala-ala LED juga nampaknya. Hehehehe

Hasil kerja kontraktor ini adalah memuaskan walaupun lewat sehari. Kami amat mengharapkan kerja-kerja boleh disiapkan lebih awal kerana kurang selesa berada di dalam rumah yang sedang dilakukan ubahsuai. Kontraktor juga telah membersihkan semua kawasan kerja dengan memuaskan. Semua habuk telah dilap dan lantai telah dimop bersih.

Setelah siap sahaja, proses susun kembali perabot terus dilakukan malam tersebut. Sedikit penat tetapi berpuas hati kerana rumah telah kembali seperti biasa.

Alhamdulillah, rumah kini kembali selesa :)

Galeri gambar:
Siling kapur akhirnya siap sepenuhnya

Siling kapur akhirnya siap sepenuhnya

Siling kapur akhirnya siap sepenuhnya

Siling kapur akhirnya siap sepenuhnya

Previous
Next Post »