08 September 2013

Pengalaman pertama guna dobi layan diri

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah guna dobi layan diri?
Ini adalah pengalaman pertama Sop menggunakan dobi layan diri ini. Sebelum ini hanya cuci pakaian di rumah sahaja. Semasa proses ubahsuai rumah ini, mesin basuh tidak boleh digunakan. Pakaian setiap hari bertambah yang digunakan. Jadi, terpaksa guna dobi layan diri yang ada berdekatan dengan rumah ini.


Pertama kali menggunakan dobi layan diri, agak 'blur' juga kerana tidak tahu langkah-langkah yang perlu dilakukan. Kenalah baca cara-cara yang ditampal dan bertanya dengan orang yang ada di situ. Malu bertanya sesat jalan bukan?

Sop telah menggunakan Dobi JJ yang terletak di PV128. Dobi ini beroperasi 24 jam. Mesin basuh yang disediakan juga banyak iaitu terdapat untuk 15 kg dan 18 kg. Mesin pengering dan mesin botol sabun juga disediakan. Mesin basih dan pengering ini menggunakan duit syiling untuk pembayaran. Tidak perlu risau kerana mesin penukaran syiling turut disediakan di situ. Paling menarik, WiFi juga disediakan untuk kegunaan pelanggan. Menarik bukan?

Pengalaman pertama guna dobi layan diri

Walaupun semua perlu buat sendiri di dobi ini tetapi ia tiada masalah kerana penggunaan mesin basuh layan diri tidak sukar. Arahan penggunaan di tampal dengan jelas cuma rasa kekok jika kali pertama menggunakannya.

Mesin untuk pencuci disediakan yang terdiri daripada beberapa jenis pencuci dan pelembut pakaian. Setiap botol berharga RM1 sahaja. Jika hendak jimat, lebih baik bawa sabun dan pewangi sendiri.

Pengalaman pertama guna dobi layan diri


Biasanya di rumah, mesin basuh menyediakan 'sniping' sahaja yang ada. Pakaian perlu dijemur selepas itu. Berbeza di dobi apabila pengering disediakan yang mana pakaian terus kering. Terasa sungguh mudah membasuh di sini. Sepanjang berada menantikan pakaian siap dicuci dan dikeringkan, ramai juga pelanggan yang datang hanya membuat pengeringan baju. Dengan hanya 45 minit, pakaian kering sepenuhnya. Tidak perlu jemur dan tercari-cari matahari. Sesuai dengan tagline yang digunakan oleh JJ Dobi ini iaitu 'Tidak kira apa juga cuaca' mencuci pakaian bukanlah masalah untuk kering :)

Pengalaman pertama guna dobi layan diri

Sangat berbaloi menggunakan dobi layan diri ini kerana kos minimun dan pakaian cepat kering. Setiap cucian untuk mesin basuh 15 kg ialah RM6 bagi air biasa dan 7.30 bagi air panas. Mana kala RM7 bagi mesin basuh 18kg air biasa dan RM 8.50 bagi air panas.

Selepas ini, jika cuaca hujan sahaja susah hendak pakaian kering, dobi layan diri ini boleh membantu.

Pengalaman pertama guna dobi layan diri

Pengalaman pertama guna dobi layan diri

Pengalaman pertama guna dobi layan diri

Pengalaman pertama guna dobi layan diri

Pengalaman pertama guna dobi layan diri

Pengalaman pertama guna dobi layan diri


EmoticonEmoticon