Mencuba wide macro converter pada lens 18 - 55mm

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Wide macro converter merupakan sambungan kepada lens untuk membantu menambah bukaan kepada pandangan kamera dan untuk membolehkan merakam gambar pada jarak dekat. Ia sangat membantu untuk menjimatkan kos pengguna DSLR daripada membeli beberapa jenis lens.

Sop berminat dengan wide macro converter lens ini kerana ia murah dan menjimatkan. Pakej wide macro converter lens ini ialah wide dan macro. Ia membolehkan lens kit Sop lebih lebar pandangan dan mampu merakam gambar macro.

Terdapat banyak jenis converter di pasaran dan harga mengikut jenis. Ada yang mahal dan ada yang murah. Semasa tercari-cari converter ini, terjumpa penjual lens wide macro converter di mudah.my dengan harga serendah RM100 sahaja. Setelah berhubung dengan Saudara Zul dari mudah.my, akhirnya Sop berjaya memiliki wide macro converter lens ini.

Sop berminat dengan gambar macro ini tetapi lens macro sebenar memang tidak mampu. Lagipun, untuk bentul-betul menjadi profesional, kamera juga perlu canggih dan hebat. Sebagai pengguna tahap amatur, kenalah guna setakat kemampuan. Mungkin hasil tidak hebat tetapi sekurang-kurangnya boleh mencuba bukan?

Percubaan merakam gambar macro dengan wide ini dilakukan kawasan taman rumah sahaja. Nasib baik ada serangga di taman tersebut, boleh juga Sop mencuba menangkap gambar macro tersebut. Cuba untuk mencari gambar bunga malangnya tiada bunga yang sedang kembang kecuali bunga kecil sahaja.

Hasil tangkapan macro agak biasa kerana mungkin masih kurang ilmu gambar macro dan kamera kurang 'power'. Jika gambar macro oleh jurugambar profesional, biasanya gambar lebih tepat dan jelas sehingga bentuk kecil pun boleh dirakam.

Mungkin selepas ini, ilmu rakaman macro boleh dilatih lagi dengan mencuba teknik-teknik tertentu. Hasil wide macro converter pada lens 18 - 55mm (kit D3200) adalah seperti berikut:

Wide shoot
Mencuba wide macro converter pada lens 18 - 55mm
Bunga kecil :)

Previous
Next Post »