19 August 2013

Ruang menulis blog di rumah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Anda mempunyai ruang kerja di rumah?
Tidak semesestinya anda seorang pekerja di rumah memerlukan ruang kerja di rumah. Jika anda seorang blogger, ruang kerja lagi diperlukan untuk menulis blog.

Secara jujurnya sebelum ini Sop tidak mempunyai ruang kerja untuk kerja-kerja blogging. Sop biasanya lepak di tepi beranda, atas sofa atau depan TV sahaja. Sop tidak boleh berada di dalam bilik kerana WiFi 1Malaysia tidak support walaupun signal WiFi masi penuh. Akses internet hanya boleh diperolehi apabila berada di tepi tingkap. Oleh sebab itu, Sop selalu lepak di tepi beranda untuk kerja-kerja blogging. Oleh kerana tiada plug elektrik di luar, Sop hanya bergantung kepada bateri sahaja. Selepas 2 jam perlu masuk ke dalam rumah untuk charge bateri laptop. Susah juga bukan?

Ruang menulis blog di rumah

Kini Sop telah ada ruang kerja yang lebih selesa hasil susunan Mrs Sop dan kerusi IKEA yang ditajanya. Meja IKEA telah ada sebelum ini tetapi diletak di dalam bilik depan untuk kegunaan PC. Mulanya Sop fikir agak sempit jika dimasukkan meja dan kerusi ke dalam bilik utama tetapi hasil susunan yang baik, ruang kerja Sop cukup selesa. Ruang kerja yang Sop perlukan ialah hanya untuk letak sebuah laptop sahaja.

Dengan adanya ruang kerja ini, Sop lebih selesa mengadap laptop kerana ada kerusi dan punyai plug elektrik di sini. Paling penting, Sop boleh akses internet dari sini :)

Ruang menulis blog di rumah

Terima kasih kepada Mrs Sop yang telah menaja kerusi untuk ruang kerja ini :)

Di mana ruang anda berblog ketika di rumah?


EmoticonEmoticon