Mengantuk ketika memandu balik raya?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Alhamdulillah, Sop dan keluarga telah selamat sampai ke kampung pada petang tadi. Perjalanan lancar dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dengan kenderaan yang minimal di jalan raya. Cabaran balik kampung kali ini ialah rasa mengantuk ketika memandu.

Fokus ketika memandu
Anda rasa mengantuk ketika memandu? Mengantuk adalah musuh ketika memandu dan sangat berbahaya. Jika rasa mengantuk yang melampau pastikan anda berehat atau hilangkan rasa mengantuk tersebut.

Pemanduan balik kampung sangat kritikal rasa mengantuk pada waktu tengah hari dan laluan jalan perlahan. Ketika itu mata akan rasa berat dan layu. Jika anda mula rasa mengantuk, pastikan berhati-hati. Jika terlalu mengantuk pastikan anda berhenti segera.

Jika bukan bulan puasa tiada masalah untuk atasi masalah mengantuk seperti minum minuman bertenaga dan makan sesuatu ketika memandu. Tetapi jika berpuasa mana boleh makan dan minum bukan?

Aktiviti ketika memandu untuk menghilangkan mengantuk
Berikut aktiviti yang Sop lakukan ketika mengantuk ketika memandu balik kampung tadi:
  • berborak dengan Mrs Sop dan anak-anak
  • minta Mrs Sop picit dan cubit Sop
  • menyanyi lagu raya
  • menampar manja muka sendiri
  • berhenti cuci muka
  • berehat dan hilangkan penat
  • tidur sekejab untuk hilangkan mengantuk

Oleh kerana tidak tahan sangat tadi Sop ambil peluang tidur sekejab untuk hilangkan mengantuk. Semasa berhenti solat Zuhur, rasa seperti hendak landing sahaja selepas solat tetapi terpaksa ditahan keinginan tersebut. Kalau Sop tidur comfirm tidur sampai petang. (Kikiki)

Jika di lebuhraya kita kurang rasa mengantuk kerana kelajuan kereta boleh kita tetapkan. Namun di jalan biasa kenderaan lebih banyak dan perlahan. Hendak memotong agak sukar sehingga terpaksa ikut sahaja kelajuan kenderaan dihadapan. Ketika ini rasa mengantuk juga akan menyerang dengan hebatnya.

Oleh itu kepada rakan-rakan yang akan memandu balik ke kampung sebelum raya ini pastikan mendapat rehat secukupnya. Jangan malu untuk berhenti tidur jika terlalu rasa mengantuk.
Semoga anda selamat sampai ke destinasi.

Apa aktiviti anda jika mengantuk semasa memandu?
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
05 August, 2015 22:12 delete

Info yang berguna untuk dipraktikkan bagi pemandu yang mengantuk ketika memandu. Tips menampar muka sendiri pernah saya lakukan, memang berkesan tapi jangan bawa laju2 waktu itu kerana takut datang pening. Sebaik-baiknya kita dapatkan rehat yang cukup satu hari sebelum berangkat.

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
12 August, 2015 12:05 delete

terima kasih @Dr Akbar atas perkongsian tersebut

Reply
avatar