08 August 2013

Diari Aidilfitri Tahun 2013

Selamat sejahtera dan salam Aidilfitri kepada semua rakan.

Aidilfitri disambut meriah oleh kita semua dan penuh kegembiraan. Lebih meriah apabila dapat menyambut dengan keluarga, saudara mara dan rakan-rakan.

Diari Aidilfitri Tahun 2013
Sebelum ke masjid
Pagi Aidilfitri
Diari Aidilfitri tahun ini bermula dengan solat Sunat Aidilfitri di Masjid Kampung Laut. Azfar dan Azwar dibawa bersama ke masjid kecuali Auni sahaja bersama Mrs Sop. Auni terlalu kecil untuk dibawa dan akan menyukarkan kami untuk bersolat nanti.

Selepas Solat Sunat Aidilfitri, kami sekeluarga menjamu selera hidangan Aidilfitri. Menu setiap tahun keluarga kami ialah nasi minyak, ketupat dan tapai. Sebelum ke masjid Sop sempat menjamu selera untuk mengambil ibadah sunat. Balik solat Sunat Aidilfitri, sekali lagi Sop makan. Betul-betul beraya bukan? Hehehe

Diari Aidilfitri Tahun 2013
Potret famili
Selesai menjamu selera, aktiviti diteruskan dengan sesi bergambar dan seterusnya sesi bermaafan bersama keluarga.

Diari Aidilfitri Tahun 2013
Saudara mara datang beraya
Dalam masa yang sama, sanak saudara yang berhampiran mula datang beraya. Rumah mula dipenuhi dengan sanak saudara disebelah keluarga ayah dan emak Sop. Kemeriahan Aidilfiti mula bertambah dengan kehadiran semua ahli keluarga Sop kecuali seorang anak saudara Sop sahaja yang tidak dapat pulang beraya.

Menziarahi Sanak Saudara
Setelah rumah mula kurang dengan kunjungan saudara mara, baru giliran Sop dan keluarga keluar beraya di rumah sanak saudara di sekitar kampung. Sesi kunjung mengunjung rumah sanak saudara sehingga ke petang. Tidak banyak masa yang ada Sop di kampung kerana pada hari Sabtu akan kembali beraya di Kuala Lumpur. Esok hari Jumaat dan masa agak terhad untuk beraya. Jadi hari ini kena 'pulun' banyak sedikit ziarah ke rumah sanak saudara. Di kampung Sop memang ramai sanak saudara kerana ayah dan emak Sop memang anak jadi kampung ini.

Diari Aidilfitri Tahun 2013
Auni sedia untuk keluar beraya
Menu di kampung Sop tidak jauh berbeza setiap rumah. Juadah wajib dihidangkan ialah ketupat palas, tapai dan kuih raya. Hanya menu sampingan sahaja berbeza seperti nasi minyak, lontong dan sebagainya. Biasanya apabila beraya, hanya makan ringan-ringan sahaja. Maklum sahaja, perut sentiasa penuh kerana diisi sentiasa tanpa henti.

Kemeriahan turut terasa dengan kehadiran Auni yang semakin lincah bersama abang-abangnya.

Apa aktiviti Aidilfitri anda hari ini?
Sudah habis menziarahi sanak saudara?

Galeri gambar:
Diari Aidilfitri Tahun 2013
Auni dengan baju kurung Raya
Diari Aidilfitri Tahun 2013
Antara saudara mara yang hadir
Diari Aidilfitri Tahun 2013
Sebahagian daripada keluarga Sop
Diari Aidilfitri Tahun 2013
Baca blog ker? Mestilah main game.. :)
Gambar penuh, sila lawat Album FB di http://facebook.com/sopnamemy


EmoticonEmoticon