Diari Aidilfitri ketiga 2013

Salam sejahtera dan salam Aidilfitri kepada semua rakan.

Masih meneruskan aktiviti beraya?
Diari Aidilfitri ketiga tahun 2013 Sop dimulakan dengan aktiviti bersiap untuk balik ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, kami telah berada semalam 5 hari di Kuala Terengganu yang mana sempat berpuasa dan beraya.
Jambatan Temerloh
Perjalanan dari Kuala Terengganu agak lancar walaupun banyak kenderaan yang telah berada di jalan raya. Kemungkinan telah ramai yang ingin pulang ke tempat masing-masing dan pergi beraya.

Kami sempat singgah beraya di rumah abang Sop yang terletak di Kemaman, Terengganu. Agak lama juga kami singgah di rumah abang Sop sehingga jam 4 baru mulakan perjalanan kembali. Dari situ, perjalanan tidak jauh untuk masuk Tol Jabor, Lebuhraya Pantai Timur. Perjalanan agak selesa selepas memasuki lebuhraya berbanding jalan biasa.

Apabila petang, jalan raya dan lebuhraya mula dipenuhi dengan kenderaan. Ruang parking di R&R mula dipenuhi kenderaan.

Kenderaan bergerak perlahan di Karak
Tiba di Tol Karak, perjalanan mula perlahan kerana selepas Bentong, pemandu dari Kelantan akan mula memasuki lebuhraya Karak. Terdapat beberapa kawasan perjalanan menjadi amat perlahan termasuk Tol Gombak.

Kami tiba di rumah dalam jam 9.00 malam. Sebelum balik ke rumah, sempat kami makan dulu di kedai mamak. Hehehe

Tol Gombak
Selesai sudah Diari Aidilfitri ke tiga tahun ini yang mana hanya banyak di dalam kenderaan. Hehehe
Previous
Next Post »