Apa persiapan Raya anda?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ramadan semakin meninggalkan kita dan Syawal kian menjelma. Ketika ini, rata-rata akan bersiap untuk menyambut hari Raya. Hari Raya mungkin tidak meriah tanpa persiapan yang secukupnya.

Apa persiapan Raya anda?

Apa persiapan Raya anda?
Sop tidak banyak yang perlu dibuat persiapan kerana tahun ini giliran beraya di kampung Sop iaitu Kuala Terengganu. Oleh itu, persiapan banyak untuk balik beraya sahaja.

Setakat kini, Sop telah sempat membeli baju raya untuk keluarga dan ibubapa Sop. Tidak banyak yang hendak dilengkapkan. Jika boleh pakai sedia ada lebih baik bukan? Baju melayu anak-anak memang kena beli setiap tahun kerana mereka sentiasa membesar. Lainlah seperti Sop yang telah habis tumbesarannya dan baju melayu semasa kahwin pun masih boleh guna. Itu kelebihan jika kekalkan saiz badan. Kikikiki

Baju Melayu Azfar dan Azwar telah dibeli di Jakel manakala baju kurung Raya Auni telah siap ditempah bersama Mrs Sop. Tahun ini mesti seronok tengok Auni berbaju kurung kerana telah boleh berjalan.

Dalam berjimat berbelanja, sebenarnya banyak juga yang habis. Maklum sahaja musim Raya, semua hendak beli. Sikit-sikit, akhirnya banyak juga yang habis. Yang penting dalam bajet jangan sampai terlebih berbelanja!

Bagi yang beraya di rumah sendiri, pasti banyak persiapan yang perlu dibuat bukan?
Mungkin ada yang sedang sibuk membuat kuih raya, ada yang sedang mengemas rumah, ada yang sedang menjahit baju Raya.

Apapun persiapan anda, pastikan dalam keadaan gembira. Jangan sampai stress pula hendak beraya. Maklum sahaja semua hendak Raya yang terbaik. Hehehe

Nota kaki: Kad Raya untuk blog belum buat. Kena draf sudah nampaknya :P
Previous
Next Post »