Sterika oh sterika

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sterika adalah keperluan penting dalam rumah. Ia sangat membantu untuk memastikan kita kelihatan kemas. Boleh bayangkan jika kita tidak mempunyai sterika? Boleh guna cara P Ramlee iaitu letak baju bawah bantal. Tidak perlu gosok! Hehehe

Tajuk entry diberikan "Sterika oh sterika" kerana sterika kami yang semakin nazak. Semakin hari semakin teruk!

Inicio 2.0 Tefal
Sterika ini baru diguna lebih kurang setahun tetapi mula nazak apabila kain alas papan penggosok melekat pada sterika tersebut. Kisahnya bermula semasa kakak ipar Sop singgah ke rumah. Beliau meminta untuk menggunakan sterika. Kesilapan Sop ialah tidak memberi tunjuk ajar penggunaan sterika tersebut. Mungkin kakak ipar Sop tiadak biasa dengan sterika berbentuk wap kerana beliau terus guna tanpa memasukkan air sedangkan air dalam sterika telah kering.

Alas papan penggosok terkoyak akibat melekat

Tahap kepanasan juga mungkin tidak sesuai apabila tiada air di dalamnya. Kemudian sterika ditekap di atas meja penggosok pula. Habis kain penggosok tersebut melekat pada sterika.

Sop cuba membuang kain yang meletak tersebut tetapi tidak berjaya kerana ia melekat dengan kuat. Sisa-sia kain tersebut menjadikan muka sterika tersebut tidak licin. Material yang berfungsi mengelak dari sterika melekat tidak lagi berfungsi. Apabila digosok, semakin terhakis material anti melekat tersebut. Namun begitu, sterika masih boleh digunakan tetapi dengan cermat. Ia tidak beberapa lancar dan tersekat-sekat. Wap yang yang keluar sahaja banyak membantu mengelak dari sterika melekat pada pakaian.

Material anti melekat telah tertanggal bersama kain yang melekat
Mrs Sop agak bising juga kerana sterika tersebut kurang lagi sesuai untuk digunakan. Jenama Tefal antara yang terbaik dalam jenis sterika. Jika tidak melekat kain tersebut, sterika ini antara yang terbaik untuk menggosok baju.

Selamat tinggal sterika ku :)
Nampaknya sudah tiba masa untuk menukar sterika yang baru. Kami kini berminat untuk menggunakan steamer iron. Nampak menarik dan penggunaan kelihatan mudah. Ingin tahu apa itu steamer iron, sila ikuti entry akan datang. Ada review khas :)

Apa jenis sterika anda? Jenis wap atau biasa?
Atau anda menggunakan kaedah P Ramlee :) Hehehehe
Previous
Next Post »