20 July 2013

Sop hendak Wall MakeOver by Na PERCUMA

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Hiasan dinding merupakan ciri penting untuk menjadikan rumah menarik. Penggunaan hiasan dinding mampu menjadikan rumah lebih menarik dan ceria. Biasanya hiasan dinding akan dipasang pada satu sahaja ruang dinding yang memberi impak besar kepada ruang rumah seperti ruang tamu dan bilik. Jika di rumah lama, Sop hanya menggunakan cat berlainan warna untuk sebagai dinding utama. Setelah pindah ke rumah baru ini, Sop belum lagi membuat sebarang hiasan dinding.

Sop hendak Wall MakeOver by Na PERCUMA
Dinding ruang tamu yang kosong
Sekarang ini, ruang tamu rumah Sop masih kosong dengan hiasan dinding. Pernah bercadang untuk memasang wallpaper tetapi kos agak tinggi. Walaupun telah 2 tahun berpindah di sini, hajat memasang wallpaper masih tidak tercapai.

Pertama kali melihat design Wall MakeOver by Na, agak terkejut dengan hasil tangan mereka. Menarik dan hebat dengan teknik yang digunakan. Paling penting, harga perkhidmatan jauh lebih murah berbanding wallpaper tetapi hasilnya sama menarik.

Sop hendak Wall MakeOver by Na PERCUMA
Hitam putih tema rumah Sop
Banyak yang menarik design yang boleh didapati di Wall MakeOver By Na. Namun paling penting design mesti kena dengan tema rumah kita. Sop lebih suka tema moden dengan design abstrak flora dengan konsep hitam putih. Oleh sebab tersebut, design di atas menjadi pilihan Sop yang sesuai dengan tema sekarang.


Wall MakeOver By Na merupakan pembekal perkhidmatan kerja-kerja menghias dinding dengan menggunakan teknik cat sahaja. Mula-mula Sop lihat gambar design, ingat semua menggunakan wallpaper tetapi rupanya tidak. Teknik dan tugas yang bukan semua mampu lakukan untuk menghasilkan hiasan dinding seperti tersebut. Untuk melihat hasil dan design seperti Sop nyatakan, sila lawat laman Facebook MakeOver by Na atau laman web di alamat http://www.wallmakeoverbyna.com/.

Tentang Wall MakeOver by Na
KEOVERDECO SDN BHD (001934562-m) dan berstatus Bumiputra. Pada peringkat permulaan, syarikat kami bermula dengan membuat lukisan mural di tadika-tadika dan sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun,  sambutan yang di terima tidak berapa memberansangkan. Oleh itu pihak kami mencuba untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan unik sesuai untuk memenuhi citarasa moden. Sehubungan itu, tercetuslah idea gabungan antara kesenian lukisan dan hiasan dalaman iaituh Wallmakeover yang boleh merupakan sesuatu yang unik di dalam dunia hiasan dalaman. ART MAKEOVERDECO SDN BHD juga berkeyakinan bahawa Wallmakeoverbyna mempunyai prospek  yang jauh dan mampu merialisasikan permintaan masyarakat di Malaysia.​

Kami merupakan Pakar Cat Hiasan Dalaman yang menyediakan Perkhidmatan mengecat dan menghias rumah anda dengan corak dan rekabentuk moden. Dengan mengunakan kaedah stencil dan lukisan tangan kami mampu mengubah suasana dan kecerian rumah anda menjadi daripada keaadan biasa kepada luar biasa.  Dengan kos yang minima ianya mampu dimiliki oleh semua golongan di seluruh Malaysia

Kenapa Sop hendak Wall MakeOver by Na
Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana seperti berikut:

  • Ruang tamu rumah Sop masih kosong tanpa tanpa hiasan dinding. Dengan perabut yang kurang dan tiada hiasan dinding menjadikan rumah Sop agak lesu dan tidak bermaya. Semoga sentuhan Wall makeover by Na dengan design pilihan ini akan menjadikan ruang tamu rumah Sop lebih ceria dan menjadi sebuah ruang yang selesa untuk santai, berehat dan melepak bersama keluarga. 
  • Agak lama sudah melihat tentang hiasan dinding tetapi masih tidak berani dan mampu untuk memasangnya kerana kos agak tinggi serta takut design tidak sesuai. Adalah perlu mendapatkan khidmat daripada yang pakar dalam kerja-kerja Wall MakeOver ini. 
  • Jika terpilih oleh Wall makeover by Na untuk menghiaskan ruang tamu, Insyallah akan menggunakan perkhidmatan Wall makeover by Na untuk bilik tidur pula. Selama ini telah merancang untuk memasang wallpaper di ruang tamu dan bilik tidur utama tetapi tidak hajat tidak kesampaian lagi kerana perlu melengkapkan ruang lain.
  • Boleh ceritakan kepada semua saudara mara, rakan-rakan dan orang kampung yang Sop mendapat Wall MakeOver by Na PERCUMA
  • Semoga Sop terpilih dalam peraduan mencari 3 buah rumah untuk Wall MakeOver by Na PERCUMA kerana ia akan menjadi kenangan yang terindah untuk rumah dan dunia blogging.

Entry ini adalah penyertaan peraduan "Saya sedang mencari 3 buah rumah untuk di makeover secara percuma" oleh Nadia Farahida blogger rasmi kepada Wall MakeOver by Na.

Sop hendak Wall MakeOver by Na PERCUMA
Blog Nadia Farahida

Doakan agar Sop berjaya terpilih bersama mereka yang bertuah yer :) Amin


EmoticonEmoticon