Pengalaman Azfar dan Azwar berpuasa penuh

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Mendidik anak berpuasa menjadi cabaran kepada ibubapa. Pertamanya ibubapa perlu menerangkan kenapa anak-anak perlu puasa, kemudian perlukan yakinkan mereka boleh berpuasa. Tahniah kepada ibubapa yang telah berjaya melatih anak-anak berpuasa penuh sejak kecil lagi.

Pengalaman Azfar dan Azwar berpuasa penuh
Berbuka setelah puasa penuh hari ini
Cabaran ini buat pertama kalinya buat Sop dan keluarga kerana Azfar tahun ini telah berumur 7 tahun. Adalah tanggungjawab Sop dan keluarga untuk mendidik supaya Azfar belajar berpuasa. Jika tahun-tahun sebelum ini, Sop tidak mencuba sangat kerana anggap masih kecil :)

Bermula hari pertama Ramadan lagi, Azfar dan Azwar telah dilatih untuk bersahur. Kesian juga kerana kelihatan sangat tidak selesa bangun bersahur tetapi paksa juga. Untuk hari ke lima ini, kelihatan Azfar dan Azwar bersahur dengan baik walaupun masih susah untuk bangunkan mereka :)

Hari pertama hingga hari ketiga, Azfar dan Azwar punyai cerita tersendiri apabila berpuasa setengah hari. Balik sekolah, neneknya tidak sanggup melihat Azfar dan Azwar lemah berpuasa. Sayang anak berbeza sayang cucu bukan?

Semalam, Azfar dan Azwar cuba berpuasa di bawah pengawasan Sop. Prestasi Azwar berpuasa hanya sampai jam 1 sahaja apabila beliau mula mengadu kelaparan. Manakala Azfar berpuasa sehingga jam 2 petang apabila mengadu tidak tahan lapar. Ia bermula apabila Azwar mula makan dan sejak itu Azfar mula tidak tahan dan mahu berbuka.

Pengalaman Azfar dan Azwar berpuasa penuh
Bermain tablet dapat melupakan lapar berpuasa
Hari ini, sekali lagi Azfar dan Azwar dibawah pengawasan Sop yang mana untuk cuba berpuasa lagi. Kali ini, kami lebih tegas dan tidak beri peluang untuk mereka minta berbuka awal. Pada jam 1 petang, Azfar dan Azwar mula memaklumkan hendak berbuka tetapi diberi kata-kata semangat agak bertahan. Kami membiarkan mereka bermain tablet untuk mengelak rasa lapar. Ketika bermain, langsung tidak ingat lapar! Hehehe

Selepas Zohor, kami minta Azfar dan Azwar tidur untuk berehat tetapi hanya Azwar yang tidur. Azfar tidak berjaya tidur kerana beliau jarang tidur di siang hari. Ketika bosan, Azfar mula tunjuk rasa lapar dan hendak berbuka. Kata-kata semangat diberikan sehingga berjaya hingga ke petang.

Pengalaman Azfar dan Azwar berpuasa penuh
Layan Candy Crash
Alhamdulillah, Azfar dan Azwar berjaya berpuasa penuh buat kali pertama. Pencapaian yang cukup membanggakan walaupun lelihatan tidak larat sangat. Yang bagusnya mereka tidak terlalu aktif apabila berpuasa :)

Dua hari cuti ini bolehlah kami memantau dan beri semangat untuk berpuasa tetapi esok entah bagaimana. Harap Azfar dan Azwar mampu berpuasa penuh juga esoknya. Amin
Previous
Next Post »