31 July 2013

Kad Raya pertama tahun 2013

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sudah menerima kad raya?
Sudah menghantar kad raya?

kad raya sendiri
Kad raya daripada www.duniashida.com
Sop baru menerima kad raya yang pertama semalam yang dihantar oleh blogger Shida. Terima kasih sangat-sangat kepada Shida atas ingatan tulus ikhlas walaupun Sop tidak sertai segmen kad raya beliau. Tahun lepas Sop ada terima kad raya daripada Shida juga. Tidak sangka, tahun ini Shida masih sudi menghantar kad raya kepada Sop.

Sudah beberapa tahun agaknya Sop tidak menghantar kad raya. Sekarang ini, Sop hanya menghantar kad raya elektronik dan membuat entry blog sahaja sebagai pengganti kad raya. Biasanya malas hendak menghantar kad raya kerana sukar hendak ke pejabat pos untuk membeli setem.

Sop berminat juga untuk membuat kad raya sendiri seperti yang Shida buat tetapi belum ada cukup bajet. Walaupun tidak mahal kos untuk mencetak kad raya sendiri tetapi musim perayaan banyak belanja diperlukan. Kena jimat berjimat lah bukan?

Kad raya sendiri memang menarik dan mempunyai identiti sendiri. Selain daripada dapat promosi secara 'offline', kad raya tradisional juga memberi kebih 'feeling' untuk ucapan raya. Tahniah kepada mereka yang telah membuat kad raya sendiri tahun ini. Malah, ada yang membuat sampul duit raya sendiri. Hebat bukan?

Sekali lagi, Sop ucapkan terima kasih kepada Shida atas kiriman kad raya ini. Tidak sempat rasanya Sop hendak balas kad raya Shida tersebut :)


EmoticonEmoticon