Cerpen Pautan - Aku Anak Derhaka Siri 16

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Cerpen Pautan - Aku Anak Derhaka merupakan cerpen bersiri yang telah lama terhenti pada siri ke 14 tetapi telah disambung kembali oleh bro Pendeka Berkuda. Ikuti himpunan dari siri pertama hingga ke 15 di sini.

Petikan Cerpen Pautan - Aku Anak Derhaka Siri 15:
Kami mengunjungi sebuah restoran masakan panas yang terletak tidak jauh dari tempat tinggalku. Kebetulan malam itu malam minggu, jadi kelihatan agak ramai manusia yang mengunjungi tempat tersebut. Mujur saja masih ada 2-3 meja kosong untuk kami berdua. Dan kami mengambil meja kosong yang terletak di salah satu sudut restoran tersebut. 

Aku memanggil pelayan restoran. 
"Abang nak makan apa?" - tanya nya.
"Nasi paprik ayam dengan Nescafe tarik satu. Awak nak makan apa? " - balasku sambil bertanya kepada Natasya.
"Saya nak makan nasi goreng pattaya dengan air suam." - jawab Natasya lembut.
Setelah pelayan berlaku. Aku yang duduk di hadapan Natasya memandangnya dengan penuh kagum.
"Ya ALLAH, cantiknya dia..." - omelku.
"Awak cakap apa tu? Kenapa pandang saya macam tu? Seganlah saya."
Alamak ! dia perasan aku pandang dia lah... Adoii...
..................................................................................................................

Cerpen Pautan - Aku Anak Derhaka Siri 16
Selepas kami makan, Natasha mengajak aku ke taman. Beliau kurang selesa berbual di restoran yang agak ramai pengunjung. Kurang romantik katanya! Aku ikut sahaja kemahuan Natasha. Siapa mahu lepaskan peluang 'dating' dengan awek comel bukan?

"Sungguh cantik malam ini." Aku memulakan bicara selepas sampai di taman.
"Sunyi, tiada orang."
Natasha hanya tersenyum. Senyumannya membuatkan aku cair. Belum pernah aku dapat 'dating' dengan awek yang secantik Natasha. Bagaikan 'beauty and the beast' jika dibandingkan aku dengan Natasha. Aku rasakan sungguh indah kerana dapat bersama Natasha di situ.

Sedang mood jiwang melayang di kepala tetiba...
"Wah! Seronok 'dating' nampak! Muka macam kapal selam ada hati hendak bercinta dengan gadis cantik!"
Aku dikejutkan dengan sergahan kumpulan lelaki.
"Siapa korang hah? Aku tidak ganggu kamu semua!" Gertak aku! Aku cuba melindungi Natasha. Aku rasakan mereka ini ingin mengambil kesempatan terhadap Natasha.

Natasha yang berada di belakang tetiba melangkah laju ke kumpulan lelaki tersebut. Apa terjadi?

"Hoi Kimie! Kau masih ingat aku?" Ujar lelaki tersebut?
Siapakah lelaki tersebut? Kenapa beliau kenali aku?

"Masa di sekolah dulu, kau lah hebat! Kaulah jaguh! Masih ingat aku yang pernah kau belasah dulu?"
Dendam aku masih tidak padam! Masih termimpi-mimpi bagaimana kau telah patahkan tangan aku!

Adakah itu Saiful? Budak sekolah yang aku belasah kerana mencuri buku sekolah aku?
"Ya.. Aku Saiful! Tidak sangka kita boleh berjumpa di sini! Sejak aku terserempak kau tempoh hari, dendam aku kembali membara!" Jelas Saiful

Natasha telah perangkap aku! Rupanya Natasha adalah kekasih Saiful yang sengaja membawa aku ke sini!

"10 lawan 1? Kalau memang pengecut Saiful! Jika kau anak lelaki, mari kita lihat siapa yang handal!" Jerit aku.

Baru sahaja aku ingin membuka langkah, bedebuk! Satu tendangan melekat di belakang aku! Cis, pukul curi. Aku tersungkur ke tanah! Aku nekad, akan aku lawan habis-habisan! Biar putih tulang, jangan putih mata!

Ketika aku diserang bertubi-tubi, aku sempat mengambil pisau di dalam poket seluar dan terus menikam tepat di perut Saiful! Nak rasakan! Aku tekan sekuat hati! Sekuat mereka membelasah aku!

Saiful yang kesakitan terus rebah! Rakan-rakan lain terpaku! Mereka terkejut apabila Saiful tiba-tiba rebah akibat tikam tersebut!

"Siapa lagi hendak rasa manis tikaman pisau pusaka ini!" Jerit aku

Tiba-tiba..... (bersambung)

Minta Padin dari blog www.padinno.com untuk sambung siri seterusnya.
Previous
Next Post »