29 July 2013

Berbuka puasa di Borak-Borak Cafe bersama EduRiders@KL

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ramadan kini semakin ke penghujungnya dan ketika ini ramai yang mula berbuka puasa di luar. Terdapat banyak restoran dan hotel yang menyediakan Buffet Ramadan dengan pelbagai menu yang menarik. Jika di hujung dan hari minggu, kebanyakan restoran dan hotel akan mendapat penuh tempahan dan jika lambat pasti tiada tempat untuk berbuka.

Semalam, kelab permotoran EduRiders@KL telah mengadakan majlis berbuka puasa di Borak-Borak Cafe yang terletak di Damansara. Majlis berbuka puasa ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ahli dan juga berbincang tentang majlis pelancaran kelab EduRiders@KL selepas raya nanti.

Berbuka puasa di Borak-Borak Cafe bersama EduRiders@KL

Majlis berbuka puasa EduRiders@KL ini disertai oleh lebih 20 orang ahli dan ada yang membawa keluarga. Selain majlis berbuka, solat terawikh turut diadakan bersama ahli EduRiders@KL di Borak-Borak Cafe tersebut.

Berbuka puasa di Borak-Borak Cafe bersama EduRiders@KL

Borak-Borak Cafe yang terlepak di Damansara ini menyediakan Bufet Ramadan setiap hari dengan menu yang pelbagai. Harga Bufet Ramadan di Borak-Borak Cafe ialah RM25 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak 12 tahun ke atas. Kanak-kanak 12 tahun ke bawah adalah percuma. Menu utama bufet Ramadan di Borak-Borak Cafe ialah masakan Melayu Kampung.

Berbuka puasa di Borak-Borak Cafe bersama EduRiders@KL

Menu pada hari majlis berbuka EduRiders@KL ialah masak lemak ketam, masalah lemak siput sedut, masak lemak daging nenas, sambal udang, sup tulang, ayam masak pedas, lala, asam pedas ikan pari, sayur dan lain-lain lagi. Beberapa jenis kuih turut disediakan. Minuman di Bufet Ramadan Borak-Borak Cafe adalah jenis pesanan. Pengunjung boleh memilih pelbagai jenis menuman yang disediakan.

Untuk berbuka di Borak-Borak Cafe, pastikan membuat tempahan terlebih dahulu kerana pengunjung sentiasa penuh. Pada hari majlis berbuka EduRiders@KL tersebut, Sop dapati meja ditempah sepenuhnya.

Bagi yang berminat untuk berbuka di Borak-Borak Cafe, sila hubungi 03-61427368 sebelum jam 5.00 petang.

Alamat:
Borak Borak Cafe
12G Jalan PJU 5/20b,
The Strand, Kota Damansara,
Petaling Jaya, Selangor

Peta:

Lihat Peta yang Lebih Besar

Galeri gambar:

EmoticonEmoticon