TTS Pertama kelab EduRiders@KL

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

EduRiders@KL merupakan kelab permotoran berkuasa tinggi yang terdiri daripada warga Pendidik Kuala Lumpur (ada guru Selangor juga). Pada Ahad, 16 Jun 2013 telah berlangsungnya Teh Tarik Session (TTS) EduRiders@KL yang pertama untuk sesi perjumpaan yang pertama secara rasmi. Sebelum ini, masing-masing berhubung melalui group Facebook dan Whatapps sahaja.

Perancangan untuk TTS Pertama kelab EduRiders@KL ini telah diputuskan pada bulan lepas dan kini iaa menjadi kenyataan.

TTS Pertama kelab EduRiders@KL
RV Points Stesyen Shell Tol Jalan Duta
RV Points kelab EduRiders@KL ialah di Stesyen Minyak Shell Tol Jalan Duta pada jam 8.30 pagi. Namun, seawal jam 8.00 pagi ada ahli kelab yang telah hadir. Tahniah diucapkan kepada mereka yang hadir awal :)

TTS Pertama kelab EduRiders@KL
Tiba di Hentian Jejantas Sungai Buluh
Pada jam 8.45 pagi, ahli kelab EduRiders@KL mula bergerak ke Hentian Jejantas Sungai Buluh (Arah Selatan). Kumpuan tiba di destinasi dengan lancar tetapi Restoran Satey Haji Sahmuri belum dibuka. Perancangannya untuk makan satey tetapi terpaksa ditukar menu sarapan pagi. Rupanya Restoran Satey Haji Sahmuri buka petang! Hehehe

TTS Pertama kelab EduRiders@KL

Selepas sarapan, agenda seterusnya ialah sesi menampal stiker kelab EduRiders@KL dan sesi bergambar dengan semua yang hadir.

TTS Pertama kelab EduRiders@KL
Free style
Selesai sesi bergambar baru sesi berkenalan dimulakan. Nasib baik tiada ice breaking. Hehehe Masing memperkenalkan diri seorang demi seorang. Tak kenal maka tak cinta bukan? :)

Sesi TTS Pertama kelab EduRiders@KL dengan rasminya berakhir di situ. Seramai 23 buah motosikal telah  dapat hadir ke TTS Pertama kelab EduRiders@KL.

TTS Pertama kelab EduRiders@KL
Tiba di Destinasi
Selesai TTS Pertama yang rasmi, ada cadangan dikemukakan oleh ahli EduRiders@KL yang 'free untuk ke Genting Highland untuk mengambil udara sejuk. Ahli EduRiders@KL yang mempunyai urusan tidak dapat menyertai ride ini. Seramai 12 buah motosikal bertolak ke Genting Highland dan destinasi persinggahan ialah Restoran di selelah Hotel Seri Malaysia Genting Highland (Gohtong Jaya).

TTS Pertama kelab EduRiders@KL

Perjalanan ke Genting Highland berjalan lancar dan menyeronokkan. Setelah setengah jam minum dan borak, akhirnya ahli EduRiders@KL kembali ke Kuala Lumpur.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir ke TTS Pertama EduRiders@KL dan tidak lupa juga kepada penaja stiker EduRiders@KL serta makan dan minum TTS pertama ini.

Semoga selepas ini, ada lagi aktiviti kelab EduRiders@KL yang akan mengumpulkan lebih ramai ahli menyertai TTS.

Galeri gambar:

TTS Pertama kelab EduRiders@KL
RV Point 

TTS Pertama kelab EduRiders@KL
Restoran Jejantas Sungai Buluh

TTS Pertama kelab EduRiders@KL
Sesi menampal stiker kelab EduRiders@KL

TTS Pertama kelab EduRiders@KL
Tampal stiker dan sesi bergambar

TTS Pertama kelab EduRiders@KL
Sesi berkenalan dan bergambar

TTS Pertama kelab EduRiders@KL
Ride ke Genting Highland

Previous
Next Post »