Shopping di Langkawi?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Adakah Langkawi tempat bershopping?
Sebagai pulau bebas cukai semestinya banyak barangan ditawarkan dengan harga murah bukan?
Mungkin ya dan mungkin tidak :)

Haji Ismail Group
Bagi sesetengah barangan, harga yang ditawarkan adalah sangat murah. Murah dimaksudkan ialah murah berbanding harga biasa tetapi masih dengan nilai yang tinggi.

Barangan yang popular dengan tawaran murah ialah coklat, beg, pingang mangkuk, periuk dan rokok. Jika rokok, Sop rasa ia murah berbanding harga biasa. Bagi barangan lain, tidaklah begitu murah pada pandangan Sop.

Idaman Suri
Beg-beg yang kelihatan sangat murah tetapi semasa jualan murah di Kuala Lumpur pun masih boleh dapat harga seperti yang ditawarkan.

Pelbagai jenis beg boleh didapati
Pinggang mangkuk yang berjenama kelihatan murah berbanding harga biasa tetapi design tidak sama dengan pasaraya di sini. Kelihatan seperti design lama dan kurang menarik.

Coklat pula tidak jauh bezanya dengan tawaran di Kuala Lumpur. Murah pun hanya sedikit sahaja. Adakah berbaloi shopping sakan kerana sedikit murah?

Semua bergantung kepada individu yang pergi ke Langkawi. Jika tujuan ke Langkawi untuk bershopping pasti banyak yang akan dibeli bukan?


Semasa Sop melawat ke beberapa pusat jualan barangan bebas cukai, kelihatan masing-masing bershopping sakan. Masing-masing dengan penuh barang di tangan, penuh di bakul :) Kelihatan keseronokkan berbelanja dan dapatkan barangan yang diinginkan.

Sop hanya hanya banyak melihat dan meronda. Mungkin bukan sifat lelaki untuk bershopping bukan? Hehehe

Oleh kerana Sop menginap di Pekan Kuah, beberapa kali juga pusing-pusing melawat kedai bebas cukai di situ :) Akhirnya terbeli juga 1 beg beroda yang bersaiz besar. Huuhuhu
Previous
Next Post »