21 June 2013

Promosi Iftar Ramadhan di Palace of the Golden Horses

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ramadhan kini semakin hampir dan tidak lama lagi kita akan berpuasa. Sudah pasti ada yang telah mula merancang majlis berbuka sama ada untuk keluarga, rakan-rakan atau juga syarikat. Pastinya majlis berbuka akan diadakan di tempat yang cukup istimewa.

Sepanjang bulan Ramadhan, terdapat banyak restoran dan hotel yang menawarkan pakej berbuka yang menarik kepada pelanggan. Antara hotel yang menyediakan promosi majlis berbuka ialah Palace of the Golden Horses.

Iftar Ramadhan di Palace of the Golden Horses

Country Heights Hospitality Division atau dikenali dengan nama Palace of the Golden Horses dan Mines Wellness Hotel telah memulakan pelancaran promosi Iftar Ramadhan di Palace of the Golden Horses dengan  menjemput anak-anak yatim dari Rumah Nur Hikmah, media-media, blogger dan wakil-wakil syarikat.

Iftar Ramadhan di Palace of the Golden Horses
Mr Francis Alberto, Pengurus Palace of the Golden Horses
Mr Francis Alberto, Pengurus Palace of the Golden Horses memaklumkan pengunjung yang datang berbuka di sini bukan sahaja boleh menikmati juadah berbuka tetapi dalam masa yang sama turut menyumbang kepada anak-anak yatim Rumah Nur Hikmah. Palace of the Golden Horses akan mendermakan RM1 daripada setiap pelanggan yang berbuka di sini. Lebih ramai yang datang berbuka di Palace of the Golden Horses, lebih banyak wang sumbangan yang akan terkumpul.

Selain itu, Palace of the Golden Horses juga berkerjasama dengan Best Raya Tol Sungai Besi untuk mengagikan Bubur Lambuk dan biskut kepada pengguna lebuhraya tersebut bermula awal Julai ini. Ia merupakan sumbangan sosial pihak Palace of the Golden Horses kepada masyarakat sekitar.

Iftar Ramadhan di Palace of the Golden Horses
Promosi
Harga Bufet Ramadhan di Carousel International Coffehouse, Palace of the Golden Horses untuk dewasa ialah RM98++, RM68++ untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan RM48++ untuk kanak-kanak (5 hingga 12 tahun). Manakala Bufet Ramadhan di Abdul & Charlie's Coffeehouse, Mines Ellness Hotel pula ialah RM90++ bagi dewasa, RM50++ bagi kanak-kanak. Menu yang dihidangkan kepada pengunjung adalah berbeza setiap hari.

Iftar Ramadhan di Palace of the Golden Horses
Ruang yang selesa dan bersih
Kedua-dua Bufet Ramadhan tersebut menyediakan tawaran kadar terbaik kepada mereka yang membuat tempahan mininum 30 orang. Bufet Ramadhan akan dihidang dari jam 6.00 petang hingga jam 10.00 malam bermula pada 10 Julai hingga 7 Ogos 2013. Promosi potongan 30% kepada pelanggan pada 3 hari awal Ramadhan dan 3 hari di akhir Ramadhan dan percuma seorang pelanggan bagi setiap kumpulan 10 orang.

Carousel International Coffehouse, Palace of the Golden dan Abdul & Charlie's Coffeehouse, Mines Wellness Hotel adalah memiliki sijil halal.

Terdapat 3 senarai menu yang disediakan sepanjang Ramadhan ini seperti berikut:


Untuk maklumat lanjut, sila layari palaceofthegoldenhorses.com.my dan mineswellnesshotel.com.my

Pengalaman Sop mencuba makanan di Palace of the Golden Horses sangat menarik. Semua makanan sangat sedap dengan pelbagai jenis menu yang disediakan. Jika anda sedang mencari tempat berbuka istimewa, di sini adalah jawapannya :)

Galeri gambar:

Iftar Ramadhan di Palace of the Golden Horses

Iftar Ramadhan di Palace of the Golden Horses

Iftar Ramadhan di Palace of the Golden Horses

Iftar Ramadhan di Palace of the Golden Horses

Iftar Ramadhan di Palace of the Golden Horses

Iftar Ramadhan di Palace of the Golden Horses

Iftar Ramadhan di Palace of the Golden Horses

Untuk gambar keseluruhan, sila lawat di sini (Album FB)


EmoticonEmoticon