Bufet Ramadhan di Restoran Songket

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Tidak lama lagi, bulan Ramadhan akan kembali menemui umat Islam. Bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana dalam bulan Ramadhan dipenuhi dengan pahala berganda. Sop percaya ramai yang tidak sabar menantikan bulan Ramadhan menjelma.

Selain beribadat, keistimewaan bulan Ramadhan ialah umat Islam akan bersahur dan berbuka puasa. Kenangan setiap tahun berbuka puasa bersama keluarga dengan makanan yang enak pasti diingati selalu.

Restoran Songket
Semperna bulan Ramadhan yang menghampiri kita, Restoran Songket telah menjemput pihak media dan blogger untuk melihat Bufet Ramadhan yang akan diadakan di situ. Setiap tahun, Restoran Songket akan menyediakan Bufet Ramadhan kepada pelanggannya dengan menu-menu yang istimewa masakan Melayu.

Bermula 11 Julai hingga 10 Ogos 2013, Restoran Songket akan menyediakan Bufet Ramadhan istemewa kepada umat Islam yang ingin berbuka puasa di situ. Menu masakan Melayu Tradisional pasti akan menjadi pilihan untuk berbuka puasa.

Bermula dari menu pembuka selera, menu utama hingga ke pencuci mulut, semua menggunakan masakan Melayu Tradisional.

Jeruk buah pun ada
Menu pembuka selera terdiri daripada kerabu mangga, pucuk paku & perut, rojak buah, rojak pasembur, tahu sumbat dn sebagainya. Pelbagai jenis sup juga disediakan seperti sup tulang rusuk, ayam kampung, kambing, pindang dan tidak ketinggalan bubur lambuk yang dihidang setiap hari.

Menyelerakan?
Bagi menu utama, Restoran Songket akan menyediakan pelbagai menu tradisional Melayu seperti ayam masak taucu, ayam masak lemak dengan nangka, ikan masak asam pedas, ikan kukus, rendang daging, masakan laut lain dan banyak lagi.

Kambing bakar, satey, lemang, nasi himpit
Bagi membangkitkan lagi suasana Ramadhan, Restoran Songket juga menyediakan masakan tradisonal perayaan seperti lemang, nasi himpit, lontong, roti jala, kari ikan, mee sup dan lain-lain lagi.

Restoran Songket juga akan menyediakan pelbagai jenis menu lain untuk Bufet Ramadhanya seperti goreng-goreng keropok, cempedak, keledek, satey, kambing bakar, ikan bakar, otak-otak dan buah-buahan.

Harus dicuba menu ini
Menu pencuci mulut pula terdiri daripada kuih muih tradisional Melayu, puding, bubur kacang, bubur pulut hitam, ice krim dan buah-buahan.

Pelbagai jenis minuman disediakan oleh Restoran Songket untuk Bufet Ramadhan ini terdiri minuman panas dan juga sejuk.

Secara keseluruhan, Bufet Ramadhan di Restoran Songket ini menyediakan lebih 50 jenis hidangan kepada pelanggan. Jumlah yang cukup untuk memenuhi semua citarasa pengunjung untuk berbuka puasa.

Menu Bufet Ramadhan ini akan berubah-berubah untuk memastikan variasi makanan. Pengunjung datang beberapa kalipun tidak akan merasa menu yang sama :)

Waktu Bufet Ramadhan ini akan bermula dari jam 6.00 petang hingga 11.00 malam. Harga bufet bagi orng dewasa ialah RM75.00++ dan kanak-kanak pula ialah RM35.00++ (3 hingga 12 tahun) Untuk promosi terhad, tempahan dibuat bermula pada 1 - 10 Julai 2013 akan mendapat harga bufet orang dewasa ialah RM75.00 nett dan kanak-kanak ialah RM35.00 nett sahaja.

Restoran Songket juga menyediakan pakej Majlis Rumah Terbuka kepada syarikat yang ingin mengadakan di sini dengan harga bermula RM65.00++ seorang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Restoran Songket, sila layari http://www.songketrestaurant.com/

Galeri gambar:

Bufet Ramadhan di Restoran Songket

Bufet Ramadhan di Restoran Songket

Bufet Ramadhan di Restoran Songket

Bufet Ramadhan di Restoran Songket

Bufet Ramadhan di Restoran Songket

Bufet Ramadhan di Restoran Songket

Bufet Ramadhan di Restoran Songket

Bufet Ramadhan di Restoran Songket
Aneka jenis minuman

Previous
Next Post »