Auni hebat dengan kereta sorongnya

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sebelum ini, Sop ada bercerita tentang kereta sorong Auni yang mana ia permainan sejak dari zaman Azfar kecil. Dalam entry tersebut, Auni hanya tahu tolak kereta tersebut ke belakang!

Auni hebat dengan kereta sorongnya

Setelah beberapa bulan, kereta sorong tersebut tiada masalah lagi buat Auni. Sebelum ini, hendak naik-naik pun takut! Sekarang bukan setakat naik, malah berdiri atas kereta sorong tersebut pun boleh. Kami pula yang risau jika Auni berdiri atas kereta sorong itu.

Setakat ini, Auni tidak lagi jatuh ketika hendak naik atau turun kereta sorong tersebut.

Walaupun kereta sorong tersebut telah digunaan untuk 6 tahun, ia masih berkeadaan baik. Cuma ada contengan-contengan oleh Azfar dan Azwar pada kereta sorong tersebut. Berbaloi sungguh kami beli kereta sorong tersebut. Jenama pun boleh tahan iaitu Fisher Price. Harga agak mahal tetapi kualiti sangat bagus :)

Auni hebat dengan kereta sorongnya

Auni hebat dengan kereta sorongnya



Previous
Next Post »