Nur Nasi Kukus Ayam Goreng Taman Seri Rampai

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sudah makan tengah hari?
Jika belum, jom tengok menu menarik untuk hari ini iaitu nasi kukus ayam goreng yang terletak di Taman Seri Rampai.

Nur Nasi Kukus Ayam Goreng Taman Seri Rampai tidak asing lagi buat penduduk sekitar sini kerana ia agak popular dan dikenali. Walaupun tiada kedai atau gerai, pelanggan boleh makan di kedai mamak yang ada bersebelahan dengan gerai Nur Nasi Kukus Ayam Goreng Taman Seri Rampai ini.

Sop selalu juga singgah untuk menjamu selera Nur Nasi Kukus Ayam Goreng Taman Seri Rampai ini. Kadang kala awal pagi lagi telah makan nasi di sini sementara anak-anak makan roti canai.

Rasa Nur Nasi Kukus Ayam Goreng Taman Seri Rampai sangat sedap dan menyelerakan. Harga juga berpatutan iaitu RM4.50 sepinggan.

Sekali cuba pasti hendak makan lagi lain kali. Itu sahaja yang boleh rumuskan dengan Nur Nasi Kukus Ayam Goreng Taman Seri Rampai ini.

Jom singgah menjamu selera di Nur Nasi Kukus Ayam Goreng Taman Seri Rampai :)

Previous
Next Post »