Kenduri kahwin di Ideal Convention Center Selayang

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Majlis perkahwinan kini banyak diadakan di dewan-dewan kerana lebih selesa dan mudah. Malah ada dewan yang menyediakan penghawan dingin untuk keselesaan tetamu :)

Semalam Sop ke kenduri kahwin kawan Mrs Sop di Ideal Convention Center Selayang. Ini adalah kali pertama Sop ke dewan Ideal Convention Center Selayang ini.

Dewan Ideal Convention Center Selayang adalah selesa dan cantik. Parking juga mudah dan ada parking di dalam bangunan :)

Pada mulanya kami tidak perasan juga dewan Ideal Convention Center tersebut kerana di bawahnya adalah kedai perabot. Penggunaan GPS sangat membantu untuk pastikan dewan tersebut. Padahal dewan tersebut hanya tepi jalan sahaja. Huhuhu

Kepada yang berada di kawasan Selayang merancang perkahwinan, Dewan Ideal Convention Center Selayang boleh dimasukkan dalam senarai untuk dewan perkahwinan :)

Galeri gambar:

Previous
Next Post »