I Am The Unstoppable Explorer

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Why do call yourself an unstoppable explorer?
Setiap orang memiliki ciri suka melalui sesuatu yang baru, cari sesuatu yang terkini, mencuba sesuatu yang belum pernah dirasai dan sebagainya.

Sop sangat suka mencuba sesuatu yang baru untuk mendapat pengalaman dan maklumat yang berharga.

Beberapa jenis pengembaraan yang Sop suka dan antaranya ialah mengembara ke negeri atau negara lain. Jauh perjalanan, luas pandangan bukan? Mengembara ke negeri lain pun sudah memberi banyak pengalaman baru apatah lagi ke negara orang lain. Lebih banyak yang boleh diperolehi dan lalui yang berbeza dengan budaya sendiri :) Pengalaman paling menarik mengembara negera lain ialah kami sekelurga ke Hong Kong dan Macau. Semua perjalanan dan lawatan secara sendiri tanpa ada pengalaman lagi. Semua perlu belajar dan cari maklumat untuk ke sesuatu tempat. Jika kita pergi ikut pakej atau rombongan, pasti pengalaman adalah berbeza berbanding dengan pergi sendiri bukan?

Pengalaman di Hong Kong
Mengembara ke negara orang yang belum kita pernah lawati memang mencabar kerana kita perlu peka dan sentiasa mencari maklumat. Jika tidak tahu, pastikan bertanya supaya tidak sesat jalan. Semasa ke Hong Kong, semua maklumat telah disediakan lebih awal untuk mengelak dari tersesat atau tersilap jalan.
Puncak gunung Nuang
Selain melancong, Sop juga mengembara melihat keindahan alam iaitu dengan melakukan aktiviti mendaki gunung. Setakat ini, beberapa gunung dan bukit telah didaki. Antara pengalaman menarik semasa pendakian ialah melihat keindahan alam, menguji semangat dan ketahanan fizikal serta mental. Disamping itu, pengembaraan melalui pendakian juga dapat membentuk kerjasama antara rakan-rakan yang menyertai pendakian.

Paling mudah sekarang dilakukan ialah mengembara di laman internet. Rasanya ramai yang buat pengembaraan di internet melalui pelbagai jenis laman seperti web, blog, sosial, forum dan sebagainya. Sop suka mencari pelbagai maklumat di internet kerana ia sangat mudah. Walaupun ia bukan pengalaman langsung tetapi sekurang-kurangnya boleh menerima maklumat melalui pengalaman rakan lain.

Pengembaraan sangat baik untuk semua kerana ia memberi banyak kebaikkan. Lagi hebat pengembaraan tersebut, lebih banyak kenyangan yang bakal diperolehi :)

Dalam setiap pengembaraan, paling utama yang diperlukan ialah telefon bimbit. Sekarang ini, telefon bimbit telah canggih kerana boleh mewakili sebagai penghubung, mengambil gambar dan internet. Sop akan pastikan telefon bimbit sentiasa bersama semasa pengembaraan.

www.astroonthego.com
www.astroonthego.com
Astro-On-The-Go telah dicipta khas kepada mereka yang sentiasa bergerak. Kini pengguna Astro bebas menerima siaran Astro dimana sahaja sama ada ketika dalam perjalanan, pengembaraan atau melancong.  Astro-On-The-Go akan memastikan pengguna Astro sentiasa bersama mereka. Kini pengguna Astro boleh menikmati rancangan kegemaran di mana-mana dan bila-bila masa dengan Astro-On-The-Go :)

Astro-On-The-Go sangat membantu Sop untuk memastikan siaran kegemaran tidak terlepas walaupun ketika keluar negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Astro-On-The-Go, sila lawat www.astroonthego.com

Entry ini adalah untuk penyertaan peraduan Are You an Unstoppable Explorer? di laman Nuffnang. Anda sudah join?

Semoga Sop bertuah untuk terpilih menyertai peraduan ini, Amin


Previous
Next Post »