Dapat naik pun dah cukup

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Permainan dan kanak-kanak mana boleh dipisahkan. Oleh sebab itu ada pepatah menyatakan 'di mana ada kanak-kanak di situ ada permainan' (reka sendiri hehehe)

Sebenarnya ibubapa yang mengajar tentang permainan kepada anak-anak. Contohnya keluarga Sop, dari kecil diajar bawa masuk ke pusat permainan untuk berhibur. Anak-anak yang telah seronok pasti hendak selalu ke pusat permainan tersebut.

Dulu zaman Azfar dan Azwar tetapi kini masa untuk Auni pula. Masa Auni belajar sesuatu yang baru untuk membantu perkembangan semasa kecil. Boleh gitu?

Sebelum ini masih kecil, Auni tidak faham tentang keseronokan bermain. Kini apabila telah tahu dan kenal tentang permainan, hendak singgah sahaja jika melalui kawasan ini :)

Sebagai ibubapa layan sahajalah nampaknya. Anak-anak seronok, ibubapa pun seronok kan?

Previous
Next Post »