Cuaca panas sekarang ini kan?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Cuaca tempat anda panas tak?
Sekarang ini, cuaca di Kuala Lumpur sangat panas. Malah, waktu petang masih boleh rasa tahap kepanasan tersebut.

Apabila keluar di tengah hari, terasa bahang bertapa panasnya cuaca sekarang ini. Bukan hendak bersungut tentang cuaca panas tetapi sekadar bercerita. Jika ikut kehendak kita, mana ada cuaca yang sesuai. Kalau panas, kita hendak hujan pula. Malah, ada yang kalau boleh hendak salji yang turun. Huhuhu

Sebagai langkah berjaga-jaga, kurangkan bermain panas. Biasanya perubahan cuaca begini boleh menyebabkan badan mudah demam dan selsema.

Previous
Next Post »