Berjaya memiliki camera DSLR murah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Camera DSLR pasti menjadi idaman ramai dan bagi blogger DSLR bagaikan satu keperluan tetapi tidak semua mampu memilikinya termasuklah Sop sendiri :) Harga DSLR yang paling rendah pun melebih RM 1000 apatah lagi Camera DSLR tahap profesional mesti lagi mahalkan?

Setelah sekian lama memendam rasa untuk mendapatkan DSLR, akhirnya hajat tercapai juga. Untuk peringkat awal penggunaan DSLR, baik beli yang murah dan tahap basic sahaja. Setelah carian melalui di laman mudah.my berjaya mendapat tawaran terbaik, akhirnya Sop berjaya menjadi pengguna DSLR.

Model DSLR yang dibeli hanya Nikon D3200 yang sesuai untuk peringkat amatur. Itu pun Sop 'blur' hendak guna pada hari pertama hendak guna. Nasib baik ada fungsi 'guide' yang boleh pilih daripada menu. Huhuhu

Sop juga beli Camera DSLR terpakai sahaja kerana untuk peringkat permulaan, baik beli yang murah-murah sahaja. Jika hendak upgrade nanti, proses penjualan kembali tidaklah merugikan terlalu banyak berbanding beli baru bukan? Lagipun, Sop bukan banyak duit hendak beli mahal-mahal :)

Selepas ini kena banyak belajar dengan rakan-rakan blogger yang hebat dalam penggunaan DSLR ini. Jika ada website yang bagi tutorial yang bagus-bagus tentang teknik mengambil gambar menggunakan DSLR, bolehlah kongsi dengan Sop yer. Benda baru, mesti banyak hendak belajar bukan?

Previous
Next Post »